Saturday, January 19, 2013
♥ taknak pilih boleh x?
Pilihan.
Beberapa hari saya berfikir.
Macam mana Abu bakar dan Umar, yang ada polisi semasa
menjadi khalifah, yang berbeza, tetapi dua-dua pon Allah beri kemenangan.
Abu Bakar tak kesah Khalid tak lapor pada dia tentang siasah
perang. Dan Islam diberi kemenangan lewat Yamamah.
Umar on the other hand percaya bahawa semua siasah dan
keputusan harus dilaporkan pada khalifah, dan disyurakan. Mereka menang dengan
Yarmouk. (peralihan dari Khalid ke Abu Ubaydah).
Ijtihad berbeza. berarti pilihan juga berbeza.
Tapi tetap menang.
Kita selalu percaya, a+b=c.
B+d boleh jadi c x?
Mana boleh, a+b je yang jadi c.
Ternyata saya salah.
C tu boleh didapatkan dengan cara mana-mana, pun.
Aneh, kan?
apa rahsianya?
yang menyebabkan pilihan-pilihan berbeza, membawa kepada
jawapan yang sama?
Nak tahu?
Sebab baik Abu Bakar, mahupun Umar.
Tujuan mereka sama. niat mereka, adalah kerana Allah. Maka pastilah,
destinasi akhirnya adalah sama.
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ
حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ
اللهِ يَقُوْلُ:
(( إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ
بِالنِّيَّاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ
إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ، وَ مَنْ
كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ ))
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل
بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري و ابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم
القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Dari Amīr al-Mu’minīn, Abū Hafsh ‘Umar bin al-Khaththāb, dia
menjelaskan bahwa dia mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya
setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang
(akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah
dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang
hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita
yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya
tersebut” (HR. al-Bukhāri dan Muslim)
Ternyata BESAR sangat peranan niat
tu, kan?
Apabila kamu dan saya merasa tidak tahu memilih, pening fikir apa yang terbaik, untuk dunia dan akhirat kamu dan saya.
Maka duduklah. Pause sekejap dari kesibukan tu. Betulkan semula
niat,
Kalau kamu buat kerana Allah, dan untuk dapat redha DIA. Apapun
keputusan kamu nanti, adalah yang terbaik. dan akan sentiasa jadi kemenangan. dunia dan akhirat.
comel kan? see, hear and talk no evil. :)
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
4:30 AM
0 commented Leave A Comment
4:30 AM
0 commented Leave A Comment
