Wednesday, November 28, 2012
♥ curhat. ;P
usrah kami mungkin tak ideal.
tarbiyyah kami mungkin tak sempurna.
dengan line internet yang ntah hape-hape.
sekejap ada sekejap tak ada.
masa banyak dihabiskan untuk connect je, atau menunggu line ok semula.
kalau usrah telefon, suara jadi tak clear.
tersekat-sekat.
berusaha memasang telinga walaupun tak dengar.
butir materi dari murabbi banyak yang tertinggal.
kalau nak tanya soalan pun, kena tanya berkali-kali.
kadang-kadang jadi malas nak bertanya.
penat nak ulang qodhoya.
dari dulu sebegitu.
dari awal kami ditarbiyyah.
maka setiap kali murabbi dapat turun ke Jogja.
kami jarang, dan boleh dikatakan tak pernah mengantuk.
semangat sangat.
dan belajar menghargai momen-momen bersama murabbi.
tahu dan memahami keterbatasan masa dan wang, untuk murabbi turun selalu.
kerana itu,
saya tak suka. cuba memahami, tapi tetap tak berapa gemar.
apabila ada yang mengeluh, apabila sekali-sekala terpaksa usrah online apabila murabbi jauh.
atau yang tak menghargai murabbi yang dapat duduk bersama, bertatap mata.
dan,
ideal atau tidaknya usrah,
sempurna atau tidaknya tarbiyyah,
bergantung pada kita.
Si mutarabbi.
mungkin kami banyak kekurangan dari segi pemahaman materi, maka kami harus banyak baca sendiri, dengar recordings ataupun harus rajin turun untuk wasilah tarbiyyah lain.
supaya kami tak ketinggalan.
tetapi,
semoga, inshaAllah, fikrah itu tak pernah dihalang (baca: block) dari kami.
inshaAllah, iman dan hamasah terus mengalir dalam diri-diri kami.
dan yang paling saya yakini,
Allah tahu, inilah yang kami perlukan sekarang.
inilah tarbiyyah terbaik dari Allah buat kami.
p/s: merindui murabbi-murabbi saya yang sabar. yang tak pernah putus asa.
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
11:07 PM
1 commented Leave A Comment
11:07 PM
1 commented Leave A Comment