Wednesday, September 12, 2012
♥ surat dari rijal tanpa hati
Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,
Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati?
Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging
yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki
itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya.
Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak
memilikinya
Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga
mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai &
memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap
hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.
Ketika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak
bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun
hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada
orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu",
serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatinya semakin keras &
tidak terpengaruh.
Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga
mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi, kegembiraan &
kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam
& tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang.
Tetapi ketika melihat hatinya,ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.Dia
berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran &
berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat
dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk
nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang
dibaca.Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati
lelaki itu.
Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut
anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati
orang-orang lain? Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya
cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi,
ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak
menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang
tidak memiliki hati. Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan
anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika
seorang tentera anda hidup tanpa hati?
Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar
bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya? Inilah penyakit salah
seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab
itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa
dia telah sembuh.
Waalaikumussalam wbth
JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan
kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA
hatimu.Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka.
Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang
perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak
bersifat demikian,tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya
semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup)membuatmu menganggap kecil
urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada
masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.
Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan
sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa
nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan
melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu,
maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang
untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti
penyakitmu & menentukan ubatnya.
Berteman dengan orang-orang yang
khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir&
menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka
terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati
mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang
mujarab.
Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka,
selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan
roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu
kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah
orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat
baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.
Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu
ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan
hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana
itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.
Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta
merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan &
keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda
keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini,
termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan
keimanan & keyakinan.
Allah swt berfirman; “Sesungguhnya dalam penciptaan langit
& bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)
Saudaraku, seterusnya berfikir
tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta
keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana
& mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran,
kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois,terpedaya oleh hal-hal
yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan
cerai berainya & menghidupkannya dari kematian.
Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi sengsara
& tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap
perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu
orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.
Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya
sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa,
agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan
keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di
waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat
anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampa ike Arasy. Saya tidak
meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu.
Allah swt berfirman; “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari
orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Maidah : 27)
Saudaramu, Hassan Al-Banna.
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
9:48 PM
1 commented Leave A Comment
9:48 PM
1 commented Leave A Comment