Wednesday, June 8, 2011
♥ Hati yang kembali
Aku malu kerana langkahku belum jauh,
Tapi mengahku sudah bersauh,
Aku sudah lelah di pertengahan
Dalam kembara menujuMu
Malu padaMU ya Allah
Dengan hati dan jiwa mana,
akan aku seru manusia
Aku sudah lelah
Padahal aku belum buat apa-apa
Malu
Malu
Malu
Pada DIA.
Beri aku kekuatan Tuhan,
membawa Islam dengan cinta dan sayang
Kerana itu yang diajar rasulullah
Yang hatinya begitu tabah
Mengah dan lelah ini
Bukan apa-apa
Andai aku kembali pada DIA.
Kembalikan hatiku padaMu Ya Allah
Aku mohon
Berikan cahaya pada hati-hati kami
bangunkan kami dari tidur dan mimpi indah
Lena kami dalam, rehat kami panjang
Ku mohon
Kecintaan pada Allah, rindu buat Rasulullah
Terangi dengan iman dan cinta padaMu sebesar bumi
Aku benci pada hati yang lalai
Walau terlalu sering, itu adalah hatiku sendiri
Suatu hari
Kami pasti akan kembali padaMu
Maka aku mohon dengan sungguh, ya Allah
Biar hati kami sampai kepadaMu,
Sebelum jasad datang menghadapMU.
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya." Al-Insyiqaq:6
9:10 AM
2 commented Leave A Comment