Monday, October 4, 2010
♥ dunia kecilku
Rasa sudah terlalu lama menyepi dari blog. Tapi akhir-akhir ini, rasa ingin menulis cair kembali. Cemburu apabila membaca post-post di blog atau buku-buku novel-novel yang bagus. Ain, ain, cemburunya aja yang lebih, usaha entah ke mana. Dulu aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk menjadi doktor, sekaligus penulis karya- karya kreatif. Nampaknya, kedua-duanya masih belum terealisasi. Ahhh, rasa seperti sudah lama tidak ada waktu untuk diri sendiri. Pun begitu, aku tidak mahu terperangkap dan diperdaya dengan masa. inshaAllah, akan tetap meneruskan mujahadah untuk tidak menonton cerita-cerita korea, English series dan menonton video band Korea kesayangan yang menjadi kegemaranku dulu. Masa-masa itu telah berlalu. Waktu terlalu berharga untuk dibazirkan (termasuk tidur yang berlebihan!). Maka aku akan sedaya-upaya membagi waktu untuk menulis dan membaca sebanyak-banyaknya. Malulah pada kawan-kawan yang tahu tentang banyak perkara. Rasa seperti sudah terlalu lama ketinggalan dengan berita-berita dunia, menghafal surah-surah dan menambah pengetahuan am.
Rindu untuk menulis cerpen seperti zaman sekolah dulu. Setiap petang selepas prep, aku akan menulis dan menulis sambil makan milo (dalam paket) dan mendengar nasyid dan lagu-lagu westlife, dari walkman biru hadiah daripada ibu. Sedang teman-teman belajar dan mebuat nota di kelas semasa prep petang, aku lebih senang membaca buku-buku cerita yang penuh tersedia di perpustakaan Seseri dan menulis ayat-ayat yang aku sukai ke dalam satu buku nota. Menyelinap semula ke kelas 15minit sebelum prep berakhir, duduk kembali di kerusiku di dalam kelas (sebelah areda) bertanya apa yang dia baca hari ini. Dia dengan senang hati akan menerangkan pada aku secara ringkas kerana dia selalu bilang bahawa dia sangat suka belajar dengan menerangkan, dan aku pula sangat benci membaca buku pelajaran. Maka aku membuat konklusi bahawa cara belajar paling efektif bagi aku adalah dengan mendengar dan bertanya. (jangan cuba metode ini sekiranya anda di fakultas perubatan à I tell you, it won’t work here. You HAVE to READ. Haha’).
. Aku pengagum kata-kata, pantun-pantun lama dan tarian-tarian tradisional melayu (walaupun aku tidak pandai menari ;p ). Menyukai segalanya tentang budaya melayu. Bahasanya, adatnya, makanannya, pakaiannya. Tapi sekarang, aku sudah belajar untuk meletakkan agama di atas kesukaanku pada bangsa. Kerana bangsa adalah sesuatu yang kita warisi, tetapi keyakinan pada Allah adalah apa yang kita cari, walaupun kita adalah seorang muslim.
p/s: I want to become a journalist. Write something that can inspire people, and change their perspective about life.
4:47 AM
2 commented Leave A Comment