<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sunday, August 8, 2010

♥ para pencari Tuhan

salam.

apabila sampai di lapangan terbang, aku mendapat kejutan budaya. walaupun dah sedia maklum dengan pelbagai fesyen tudung apabila pulang nanti, tak sangka seramai ini yang mengikut trend terkini. patutlah, dalam tv, hampir kebanyakan pelakon wanita yang memegang watak bertudung pakai fesyen bonggol di belakang kepala (occipital :p) dan kadang-kadang tidak menutup dada dengan sempurna. salah orang yang mengikut, atau salah orang yang diikut? belum lagi dengan orang-malaysia-jarang-nak-senyum punya perangai (menyebabkan tiba-tiba rindu jogja. hehe').

dalam masa seminggu pertama pulang bercuti ke Malaysia, rasa kesal sangat. apabila buka berita banyak kisah buang anak, bermacam-macam rancangan hiburan dalam tv (berapa banyak program realiti tv berbentuk hiburan melalaikan yang perlu diadakan dekat negara sekecil Malaysia ni?), dan macam-macam juga cerita seram, tahyul yang sedikit pun tak diselitkan nilai-nilai pengajaran selain menakutkan kanak-kanak, lebih takutkan hantu dari Allah, kes pelajar pukul cikgu dan zina yang semakin menjadi-jadi sekarang. sedang rancangan islamik pun tidak betul-betul mengikut etika pemakaian islam yang sebenar. dalam hati paling dalam, aku sangat kecewa, dan mula menyalahkan.

tapi

mungkin Allah mahu mengajar aku sesuatu di situ. aku berfikir lama, dan panjang. makin banyak aku membaca, mengadu pada Allah dan kawan-kawan. Dia tunjukkan banyak perkara untuk kita muhasabah diri sendiri, serta lingkungan.

apabila aku katakan rasa tidak puas hati, dia cakap: jangan risau k benda tu, abang aku selalu pesan, kita ajar kerana Allah, didik dengan penuh kasih sayang, dan sabar. Juga kena doa selalu.

kakak murabbi aku pun ada pesan, kita bukan nak ajak manusia dengan dengan kita, tapi untuk dekat dengan Allah. beritahu yang sebenar, terima atau tidak, masing-masing manusia ada hak. dan kita pula ada tanggungjawab untuk menyampaikan.

sungguh aku jadi malu dengan diri sendiri, betapa aku ni asyik mengeluh. baru buat sedikit, sudah biarkan macam-macam rasa bergalau dalam hati. sudah marah-marah.

andai banyak kejahatan dan maksiat bertebaran, kebaikan juga ada peluang yang sama. dalam banyak rancangan dalam kaca tv menayangkan rancangan-rancangan hiburan, semakin banyak juga rancangan islami yang diberi tempat, begitu juga ada pelbagai rancangan macam discovery, travels and livings. ilmu Allah kan luas. tinggal kita saja sama ada untuk memilih yang mana.
kalaupun semua rancangan kita tak suka, kita masih ada pilihan menutup tv dan ambil masa membaca buku-buku, buka internet, tolong ibu ayah sidai baju atau cuci pinggan, ataupun mengambil masa bersilaturrahim dengan orang lain. mungkin boleh juga ke dapur dan masak makanan untuk satu keluarga. perut kenyang, hati pun senang. :D

dulu, selalu kalau ada zikir-zikir di tv, atau ceramah-ceramah, mesti aku tukar ke cerita lain yang lagi best. kita cakap yang kita ni suka kebaikan, tapi selalu cakap tak sama dengan buat. ini namanya cakap tak serupa bikin.

aku kutip apa yang habiburrahman el-shirazy (penulis indonesia) pernah katakan apabila ada orang kompelin bahawa watak Fahri yang ditulisnya dalam Ayat-Ayat Cinta itu, terlalu sempurna.

menurutnya begini:
"...bagiku, tokoh Fahri itu justeru masih kurang sempurna. harus aku sempurnakan lagi. dia harus lebih berjiwa malaikat ketimbang yang sudah ada. kupikir, orang-orang kita bangsa Indonesia ini menilai Fahri terlalu sempurna, karena selama ini mereka tidak pernah disuguhi bacaan dan tontonan dengan kualitas perilaku seperti Fahri. di sinilah yang kusayangkan.

orang-orang kita selalu dicekoki tokoh-tokoh jahat saja dan tidak diberi perimbangannya. dan secara tak langsung mereka termakan dengan cekokan itu. sehingga seolah-olah di benak mereka tidak ada lagi orang yang baik di dunia ini. kalau ada yang baik sedikit saja, dianggap aneh. tidak hanya aneh, tapi malah sok suci, dan munafik. ada orang tidak pacaran dinilai sok suci dan munafik. ada kiai berfatwa benar dinilai sok suci. inilah kualitas moral bangsa kita saat ini. aku sangat prihatin kalau memikirkannya."


maka, dush dush dush! kena diri sendiri. banyak perkara di sekeliling yang mengajar kita. jangan salahkan lingkungan apabila kita lalai dan gagal didik diri sendiri untuk dekat padaNya. semuanya, ada dalam diri kita.

waktu membaca al-qur'an surah al-hasyr, aku terserempak ayat ini:

9. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung

10. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."

betapa kasih sayang Allah sentiasa ada. Dia mengajarkan dengan lembut, memberitahu dengan tidak kita sangka-sangka.

aku bukanlah bagus sangat. kekurangan di sana sini. tidak tahu banyak tentang hukum-hakam, tapi apabila sekarang ada orang yang berani mempertikaikan kebaikan, memperleceh orang-orang yang baik dan berbangga-bangga dengan kejahatan, apabila aku diam, ya aku sedang bersabar, tapi apabila sudah keterlaluan, mulut aku laju je nak menjawab melawan semula. (jaga mulut ain! kerana pulut santan binasa)

bukankah kita patut ada rasa izzah/ bangga/ proud pada Islam kita? bukan rasa superior dan memandang rendah pada orang lain. bukan itu. tapi rasa tenang tenteram, rasa bangga memberitahu. saksikanlah, bahawa aku seorang muslim, seperti khalifah umar yang berani mengisytiharkan hijrahnya pada orang Quraisy Mekah, dan seperti Abu Dzar yang berani melaungkan dia seorang Muslim di depan Kaabah, hanya selepas beberapa jam bersyahadah, walaupun dia tahu dia akan dipukul jika berbuat demikian.

p/s: aku sayang Malaysia. maka aku harap penuh, orang-orang di dalamnya menyayangi diri mereka sendiri juga. Malaysia boleh! ;)

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
4:42 PM
3 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past