<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, August 18, 2010

♥ ketika cinta bertasbih

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah, dah 8 hari umat islam menjalankan rukun islam ke3 - berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah. dan cuti kami pun sudah hampir sampai ke penghujungnya.
isnin ni sudah balik ke jogja semula. aish3, nampak gaya terlepas la lectures 3jam dan tutorial pada hari pertama sekolah mula. sape suruh tempah tiket balik hari isnin. ahh, ingatkan tutorial hari selasa. ;p

tadi sempat tengok jejak rasul - srikandi kat tv3. antara sahabiah-sahabiah yang dipaparkan hari ini adalah as-syifa' dan nusaybah. subhanallah. andai kita menghayati kesungguhan dan keyakinan di zaman sahabat, kita akan tahu betapa kecilnya pengorbanan yang kita telah, sedang dan akan lakukan untuk agama kita yang tercinta ni. dalam perang uhud, apabila ramai tentera Islam lari lalu meninggalkan Muhammad dengan pertahanan yang makin rapuh berhadapan dengan musuh, Nusaybah yang sebenarnya adalah perawat tentera-tentera yang cedera, menjerit pada tentera-tentera yang lari, mengutip sisa-sisa anak panah yang bertaburan di tanah, lalu maju ke hadapan menjadi perisai Muhammad. tidak kurang luka dan anak panah yang terkena tubuhnya. sehinggakan, Rasulullah sendiri mengatakan : tidak ada orang yang lebih dekat(dalam mempertahankan aku) daripada Nusaybah, suami dan anaknya.

subhanallah. keberanian itu. mahu jadi seberani itu.

cuti ini sudah menghabiskan 2 je novel inggeris, 'the choice'- nicholas sparks dan 'the watchman'- robert crais, baru baca separuh buku 'dasar-dasar islam' -abul a'la al-maududi, 'tazkiyatun nafs' karangan imam al-ghazali dan dan disusun ulang said hawwa dan buku 'komitmen muslim sejati'. pokoknya, sepatutnya habiskan lebih banyak buku dalam list. harap cuti raya nanti sempat lari ke kedai buku dan cari 'ingin jadi nasrallah'- faisal tehrani dan 'hari-hari dalam hidupku' - zainab al-ghazali (yang direkomen liyana).

baru belajar masak telur bungkus dengan ayah. ok, nama macam tak keren, tapi sedap woo. >.<
kena belajar buat ikan kukus sambal belacan dan singgang ikan dari ayah tahun ini juga. sedap gila (opah selalu je cakap dia hairan, orang sekarang ni pelik. nak cakap hebat pun kena ada gila, sedap pun gila, apa yang tak gila. haha'. opah opah). tapi serius, semua orang puji dua resipi ayah ni. ;)

layan beberapa cerita cuti ini: ketika cinta bertasbih special ramadhan (highly recommended, mashaAllah, sinetron beginilah yang patut diperbanyak. al-asr!). rajin juga tengok para pencinta Tuhan, astro oasis 1.30-2.30pm isnin-jumaat dan geng surau. eh kejap-kejap. banyak pulak cerita indonesia yang aku tengok. haha'

tiba-tiba tersedar, sudah banyak membaca (walaupun banyak lagi buku-buku yang belum diusik dan ilmu selautan yang ada di langit dan bumi Allah belum pun sampai berapa 0.000000000000000000000000000001% dalam diri),

tak ingat dari mana, samada hadis atau kata-kata ulama': andai ilmu Allah adalah lautan, ilmu manusia adalah sebanyak ini (sambil menunjukkan pada air pada jari telunjuknya yang dicelup ke dalam laut dan diangkat semula)

tapi tak semua yang aku baca itu aku amalkan. baca saja belum cukup. tahu saja juga belum cukup. tapi sebanyak mana ilmu itu menjadi fikrah.

amal dan akhlak.

kerana itulah saidina umar mengambil masa hampir 3 tahun menghafal al-qur'an. kalau nak diikutkan, dia yang sangat cerdas itu boleh je ambil masa yang lebih singkat, tapi kerana nak amalkan ayat-ayat Allah dan menhayatinya betul-betul, menukarkan kata-kata Allah itu kepada akhlak, dia tak kisah pun mengambil masa yang sedikit panjang. subhanallah.

kerana itu imam ghazali menjelaskan dalam tazkiyatun nafs (yang diambil dari kitabnya ihya' ulumuddin), seorang muslim itu harus ada dua perkara untuk mengaku bahawa dia adalah seorang muslim: pengetahuan dan amal. bukan salah satu, tapi kedua-duanya.

sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada rupamu atau jasadmu, bukan juga pada keturunan dan harta kekayaan kamu, tetapi Allah melihat pada hati dan amal kamu. (hadis)

sweet kan?

maka jadi kewajipan kita mencari kedua-duanya.

akan terjadi fitnah pada ummat apabila orang-orang yang tahu agama tidak mengamalkan. juga akan berlaku fitnah apabila orang-orang yang tidak tahu mengamalkan agama (bid'ah). asyik cakap tentang orang lain.

kita pula, dan kita juga.

kita pula patut ada pengetahun dan amal. carilah, belajar dan berguru. dan paling penting, bersangka baik pada Allah. DIA takkan menzalimi kita walau sedikit, takkan menzalimi sesiapa, muslim ataupun tidak. kita juga tidak patut menilai orang lain belakang-belakang.

'alah dia tu, kata faham agama, tapi buat sama je macam aku.' dia pun ada khilaf dan salah juga. mungkin dia tahu, tapi tidak faham. maka, fahamkanlah dengan kasih sayang. mungkin dia salah, barangkali dia terlupa. kalau kau rasa dia sudah salah dan menyimpang, tegurlah dia dengan cara yang berhemah, dan di hadapannya. setiap orang pun mahukan pernghormatan yang serupa.

“Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi’ie


aku harus sentiasa ingat bahawa amal dan akhlak aku diuji bukan dari sepanjang mana tulisan-tulisan aku di blog tentang amal, bukan dari sekerap mana status fb aku bertukar dengan hadis-hadis atau kata-kata atau ayat-ayat Al-Qur'an, dan bukan juga selama mana aku memberi bahan usrah pada adik-adik. semuanya itu diuji justeru ketika musibah yang memerlukan pengaplikasian semua akhlak ni, contohnya ujian kesabaran menimpa aku. juga bagaimana aku menjaga hubungan dengan Allah, manusia dan makhluk Allah lainnya.

tarbiyah. dari Allah.

bertuturlah cinta
mengucap satu nama
seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
cinta yang bertasbih
mengutus hati ini
kusandarkan hidup dan matiku padaMu


p/s: dah berapa juz habis dibaca, sayang?

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
8:26 AM
2 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past