<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, May 5, 2010

♥ ibu

"seorang ibu ibarat sekolah. Apabila kamu siapkan dengan baik, bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya."

tambah-tambah pula kalau ibu anda adalah cikgu sekolah! :)


ini ibu saya. dia sangat sempoi. dia sangat cool. dia jarang bebel-bebel pada kami empat beradik. maka, tugas itu diambil oleh opah kami yang comel. ayah pun ambil tugas membebel tu. hihi' kenapa dia sempoi, dia selalu tenang saja sepanjang masa. apa-apa pun tak kesah. nak pergi mana-mana pun boleh, nak buat apa-apa pun ok, tapi kena dapat kebenaran ayah. nak makan apa pun boleh, hanya cakap saja. dia teacher yang mengajar budak-budak yang akan ambil UPSR. dia sudah mengajar di sekolah yang sama sejak saya berumur lapan bulan, sampai sekarang. kami empat beradik semuanya bersekolah di sekolah itu, dan sekolah itu memang ada tempat yang istimewa dalam hati kami. walaupun dia tak garang di rumah, dia sangat garang semasa mengajar di sekolah. pernah sekali sewaktu saya darjah satu, ibu mengajar matematik untuk kelas saya. kerana saya salah buat ascending and descending number, saya kena cubit semasa ibu tanda kertas itu di rumah. dia juga akan padam tulisan saya kalau kecil dan dan tak cantik. sekarang, ibu tak pernah marah walhal mengeluh sekalipun result saya yang sangat teruk sampai ke rumah. ibu cakap, ibu tahu ayong dah buat yang terbaik, maka selebihnya serah pada Allah. *sob3* pernghormatan dan kasih sayang yang paling tinggi, adalah kepercayaan kann?

walaupun nasihat yang diberinya sama setiap kali, pasti ada ketenangan yang mengilhamkan setiap kali mendengarnya. ibu sedang ambil pengajian jarak jauh dekat open university dan akan grad akhir tahun ini. kami mula sama-sama, tapi ibu habis belajar dulu. ibu tak kesah makan lauk apa-apa tapi ibu sangat suka acar, popia basah dan coklat black forest. ibu suka habiskan duit pada makanan, tidak pada baju atau benda-benda lain. jadi, memang sangat best kalau keluar beli barang dengan ibu di the store. tunjuk saja pada ibu, memang sah-sah dapat permission untuk ambil dan letak dalam troli.

ibu sangat aktif. dia adalah pengadil bola jaring peringkat negeri, coach bola jaring, dan ibu masuk choir guru-guru daerah port dickson setiap tahun. saya tidak mendaoat gene atlet dan suara sedap ibu itu. saya sangat sayang ibu saya, dengan semua kelebihan dan kekurangannya, dan yang paling saya kagumi, sepanjang saya hidup, saya tak pernah dengar ibu berkata buruk tentang orang lain. dan dalam diam-diam menjadi pemerhati bebas, andai ada orang-orang tengah bergosip, ibu akan diam dan selalunya berlalu pergi saja. ibu selalu bersangka baik pada orang lain dan sangat fleksibel. dan saya mahu sangat-sangat nilai-nilai ibu yang itu. ibu juga superwoman. dia sangat kuat angkat tong gas seberat 16 kg turun naik tangga, juga beg troli saya yang sangat berat. andai saya terkedek-kedek mengangkatnya, ibu akan ambil dan tolong angkatkan. saya yang rasa bersalah akan tolong ibu pegang satu sisi beg walaupun tidaklah membantu sangat.

sebenarnya, saya nak cerita lebih banyak tentang ibu, tapi saya ada ujian besok pagi jam 8. t_t
ibu, ain tak ada banyak gambar family. ini indikasi untuk beli kamera kan? hoho'

putri yatimah binti megat yahaya
6 mei 1966

juga, untuk opah dan nenek. selamat hari ibu tanggal 9 mei ini! terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ibu dan ayah.

nenek dan atuk yang kiut! :)

opah yang comel! :)

didedikasikan untuk wanita-wanita paling cantik dalam dunia. tak perlu jadi miss universe semata-mata untuk penghargaan itu. kerana didikan dan kasih sayang itu, sudah cukup sempurna dalam membuktikan kecantikan. :)

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
9:37 AM
0 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past