<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, May 6, 2010

♥ 22 <-- bila alien buat-buat comel

Ke hadapan Sudin,

Aku anggap ko sebagai kawan yang best. Seorang budak lelaki yang aku kenal macam-macam tu je dari KTT, dan hanya tahu nama dia Sudin sahaja dan petang-petang rajin main bola tampar sedang aku memang takkan bersukan langsung [note: turun untuk pergi makan saja]. Budak lelaki yang kawan aku cakap baju t-shirt pun bergosok, kalo cicak jatuh atas bahu sure mati punya sebab sangat tajam dek gosokan seterika tadi. Haha’

Dan masa orientasi, baru aku kenal ko. Dan aku memang nak kenenkan ko ngan Sara pun *kantoi!*. Masa mula-mula masuk dulu, dan start week 1 block 1.1. dari jauh ada suara sorang budak yang sengal panggil aku mak. Aku memang malu gila lah time tu. Dahla aku ala-ala macam tak banyak cakap dan konon-konon misteri dan pemalu ( ok, sangat geli), ko sesuka hati je panggil aku mak kuat-kuat kan. Aku nak marah ada, nak gelak pun ada. Tapi layan je la, bukan boleh halang ko panggil aku mak pun, walau da banyak kali aku cakap aku bukan mak ko. *aku lagi muda dari kau!*

Ko memang orang yang sangat baik dengan semua orang. Suka tolong semua orang. Walaupun kadang-kadang ko terpaksa, macam adik aku, ko akan bebel-bebel taknak buat tapi akhirnya ko akan buat jugak. Semua orang pun suka kawan dengan ko. Dan semua orang dalam batch kita pun sayang ko. Ko macam adik semua orang, eh silap. Macam pak cik semua orang. :P ko selalu datang kalo birthday orang lain, selalu jaga hati orang lain dan selalu berusaha untuk beri hadiah untuk hari jadi orang lain. Ko siap ada kelab kipas susah mati [sudin’s die hard fan] yang presidennya Najla. Dan aku memang selalu jadi target sebab suka menidakkan pemujian ke atas ko. Please, sangat tak keren! Haha’

Aku minta maaf sebab selalu je minta tolong ko aka menyusahkan ko. Tolak motor aku yang rosak dari rumah ke yamaha. Kemudian, masa tiba-tiba motor aku takde minyak dan tak boleh bergerak, dan pengetat tangki minyak termasuk kat celah motor, aku call ko dengan sangat gelabah. Dan ko datang untuk tolong. Serius, kalau aku megalami sesuatu untuk pertama kali, contohnya motor rosak, aku memang tak tau nak buat apa. Bila kali kedua, baru aku tahu untuk tolak motor tu sendiri dan cari jalan keluar ke jakal. Maka, terima kasih untuk yang pertama kali itu. :) [ko kan cakap ko superman! -_-” haha’]

Sebagai seorang lelaki, ko memang pandai masak. Alya, Ifa ngan Najla tak habis-habis cakap nak makan popia goreng yang ko buat. (*hint2* bila nak buat lagi,wei?). Bubur yang ko masak guna daging korban yang berabad-abad simpan dalam fridge, masa Imran dan Fazrul sakit dulu tu pun, sangat sedap. Jadi, minta maaf kerana aku dapat merasakan bahawa isteri ko nanti kemungkinan besar tak pandai masak Sudin. Kuikuikui.

Dan aku tahu juga ko seorang anak (untuk mak betul ko) dan adik yang sangat baik. Ko balik Malaysia semata-mata nak sambut hari jadi mak dan kak Ain ko, di samping dia grad kan. Walaupun ko cakap ko bukan anak emak, aku rasa ko memang anak emak [mengaku je lah!]. Hoho’ Dan ko abang yang baik, sebab selalu belikan cd game untuk Hakimi. *aku bodek-bodek ni, jangan lupa jadikan adik ipar* [hari tu groupmates aku cakap, paedophile adalah apabila beza umur enam tahun atau lebih. -_-”].

terima kasih untuk semua nasihat dan ayat-ayat sengal ko. Yang kalau aku ada masalah, tak jadi nak ada masalah sebab tergelak dengan lawak sengal ko. Ko selalu je buat masalah yang nampak besar jadi kecil. Terima kasih. Terima kasih.

Aku tahu [agak-agak sebenarnya] ko sedang mengalami masa susah [hardtimes] sekarang, walaupun aku tak tahu apa. Tapi, ketahuilah bahawa ko tidak berseorangan. :) *sila rujuk lagu cheryl cole* haha’

hahaha'. sape suruh ko suka letak gambar buruk masa birthday orang lain!

penat aku browse dan songlap gambar kat fb. [belanja makan!]

Selamat hari lahir

Hafizuddin Jailani

7 mei 1988


bagi chance. ;P

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
9:19 AM
2 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past