<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, March 22, 2010

♥ munirah Abdullah

Waktu mula-mula masuk Kolej Teknologi Timur masa A-level, setelah mengenali teman-teman sebilik, iaitu Wan, Timah( budak sekolah aku) dan Dayah. Orang-orang yang aku kenali adalah kawan-kawan dari All 2. Takut-takut untuk masuk ke kelas sebab tak kenal sesiapa, lalu aku nampak ada sebuah kerusi kosong di sebelah budak perempuan yang muka sangat garang, yakni Intan. (hehe’, Intan, serius masa tu aku ingatkan ko garang. padahal, banyak mulut dan penyayang je.). Kemudian, aku kenal Fitri Fareez dan Esther yang duduk di meja hadapan kami. Selepas itu, seorang budak yang nampak nerd dan pakai tudung labuh. Namanya Munirah Abdullah.

Kami menjadi kawan, dan dia tinggal di apartment bawah apartment Intan dan Izyan, manakala aku pula di apartment sebelah Intan. *maksudnya, kalo aku keluar apartment, dah boleh terang-terang nampak pintu apartment rumah Munirah tapi kami selalu je jerit dari beranda yang mengadap belakang, kalau nak pergi makan*> dulu tiada internet untuk ym dan berfacebook, dan better jerit dari bazir topap untuk mesej. Hihi’

Munirah selalu pergi awal ke kelas. Dan Intan selalu siap lambat. Aku pula selalu tengah-tengah. Jadi, Munirah selalu copkan tempat untuk kami berdua dalam kelas. Dia selalu pergi bilik aku untuk pastikan aku dah bangun sebelum pergi kelas. Dan aku pula akan pergi bilik Intan untuk pastikan dia sudah bangun. *bukti Munirah sangat baik hati! Hehe’ bodek-bodek*

Munirah duduk sebelah aku dalam kelas, dan dia sangat terer Maths. Aku paling suka kalau dia cakap bahasa Inggeris masa kelas Mr Rajan, sebab munirah sangat semangat dan blur dan ada kecomelan sikit la. :P

Munirah dan Yati selalu lepak apartment kami yang sangat cool sebab ada TV sebesar 19’. Jadi lunch dan dinner memang mengadap TV. (ingat tak ada sekali semua orang pergi satu program macam solat hajat untuk A2 kot, dan kita pergi solat maghrib saja dan balik dua orang sebab nak tengok so you think you can dance. Haha’)

Ingat tak Yati, ko dan aku gila suka nyanyi lagu omputih dan irwansyah. Ape kes betul avril lavigne-girlfriend, yati suka gila perempuanku-irwansyah, dan ko sangat tak habis-habis dengan lagu I believe I can fly, aku dengan lagu iklan sunsilk tu, dan Wan dengan lagu hanya tuhan yang tahu versi. Oh Tuhanku, berikan ain ketenangan abadi……Saaanngaaattt sengal!

setiap kali aku buka semula video klip pencinta wanita yang kita buat ramai-ramai dekat tangga 2 tu, mesti rindu pada korang semua datang lagi, dan lagi.

Ingat tak ko pernah suruh aku ingatkan ko supaya berjimat-cermat dalam makanan dan tidak membeli makanan yang tidak berfaedah, dan ada sekali aku dah cakap jangan beli dan ko berkeras mahu beli juga. -_-“ sabar je la.

Kadangkala, tak semena-mena Munirah akan buka almari aku dan kemaskan pakaian aku. Paling obvious, dia akan hangerkan baju kurung aku cantik-cantik dan tersusun. Dan dia sangat suka kemaskan meja aku yang penuh dengan barang dan bersepah walaupun aku selalu cakap kat dia, tak payah kemas Munirah, tak payah.. *sob sob sob, terima kasih ya. Ini yang paling aku terharu*

10 FAKTA tentang MUNIRAH ABDULLAH:

  1. asal Baling, Kedah.
  2. suka sangat makan sate, laksa walaupun semua pun dia makan.
  3. sangat suka dengar lagu kuat-kuat dekat earphones, sampai orang sebelah yang tak dengar earphones pun boleh tahu dia tengah dengar lagu apa. Perlahankan volume sikit lah!
  4. tak berkira dengan makanan dan duit. share je dengan kawan-kawan.
  5. ada way of writing yang aneh. Dan muka jam yang dia pakai pada tangan di bahagian plantar, bukan dorsum of hand.
  6. saaannnngaaaattttt blur! Kalau orang cakap-cakap, nanti dia akan, “apa?, ain. Apa?. Lepas itu baru boleh mula gelak.
  7. dulu masa di KTT, sangat mementingkan penjagaan rambut berbanding yang lain. Ahaha’ sekarang dia intoo fotografi. cepat-cepatlah beli kamera canggih-manggih ya, dan datang sini tangkap gambar aku banyak-banyak! kuikuikui
  8. banyak tidur juga
  9. masa aku lawat dia dekat bandung hari itu, hobi baru: stalk orang dekat FB. Ish ish ish. *geleng-geleng kepala*
  10. sengal lah! Apa lagi. oh ya! Kami belajar perkataan sengal tu masa tengok cerita Dunia Baru, Madihah yang suka cakap.

HAPPY 22ND BIRTHDAY!

MUNIRAH ABDULLAH

Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua, dari sisiNya. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko, dalam segala-galanya. Belajar sungguh-sungguh ya. Ingat tak yang kita selalu nak mengingatkan satu sama lain untuk belajar rajin-rajin dan usaha untuk ubah hidup menjadi lebih baik. Aku mahu kejar itu, dan aku harap kau juga. kalau aku ada kesilapan apa-apa pada ko, makan terlebih ke, buat ko terasa hati ke, maaf sekali ya. sayang ko sangat-sangatlah! :)

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
8:40 AM
4 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past