Thursday, March 4, 2010
♥ karena wanita(ingin dimengerti)
ya, tajuk diambil dari lagu ada band dengan part chorus yang ramai orang suka ini:
karena wanita ingin dimengerti
lewat tutur lembut dan laku agung
karena wanita ingin dimengerti
manjakan dia.. dengan kasih sayang
tapi berdasarkan pemerhatian aku, yang ramai orang cakap bukan tipikal perempuan t_t ( kerana tak pernah ada tisu dalam beg, tidak pandai masak, dan suka makan, cakap tak pernah nak lemah-lembut dan ayu bak perempuan melayu terakhir, keras kalau menari. haha').
maksud kasih sayang tu bukanlah belanja makan tiap-tiap kali keluar, makan kat tempat mewah-mewah setiap kali (sebab lesehan pun sedap!), atau beli barang mahal-mahal (belanjalah di mirota kampus!). bukan juga sms setiap waktu dan ketika (macam takde kerja lain). lelaki yang memberi kasih sayang juga bukanlah yang dengar dan ikut apa yang semua perempuan itu mahu, tanpa memikirkan baik buruknya. tapi lebih dari itu.
kasih sayang itu datang apabila kita mahukan yang terbaik untuk si dia. dalam segala-galanya. dalam agama, dalam keluarga, malah dalam pelajaran. kasih sayang muncul apabila kau sedih kalau orang yang kau sayangi jauh dari Allah, apabila hubungan dia dan keluarga atau pelajaran terganggu semata-mata kerana kau.
kasih sayang datang apabila ketenangan bertemu Tuhan dalam terngadah ruku' dan sujud itu terasa. baiklah, ini sangat menyimpang dari tajuk asal, kerana macam dah jadi tajuk--> ciri-ciri lelaki idaman pula.
ok2, berbalik pada tajuk asal : karena wanita (ingin dimengerti)
siapa yang tak mahu difahami kan? wanita sangat kompleks, sebab kadang-kadang mahu sesuatu tapi tak nak beritahu secara terang-terangan. nak juga beat around the bushes dengan segala macam maksud tersirat. sebab apa? mungkin sebab dah dimasukkan dalam minda kami (secara sedar atau tidak) yang wanita mulut tak boleh lancang sangat dalam meminta. [mungkin maksudnya nak minta boleh, tapi kena berkias. haha']. atau mungkin kerana wanita rasa yang kalau lelaki tu sayang dia, mesti si lelaki tadi dapat tangkap apa yang dia nak. [padahal lelaki bukan ada telepati pun. tak termasuk golongan yang blur-blur dan serius hampeh tak memahami kalau tak diberitahu]. dan tup-tup, merajuk pula tanpa si lelaki berfikir 'apa salah aku? t_t' --> adekah aku sedang backing lelaki??
pernah dengar kata-kata ini?
sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
sila jangan salah faham. maksud kata-kata ni bukanlah kes dera yang asyik pukul anak, ataupun kes cari perempuan lain dan tinggalkan isteri. maksudnya di sini adalah, kalau kita sayang anak, sekali-sekala kena rotan juga, untuk mendidik. kalau diberi muka sangat dengan dimanjakan melulu, sampai bila pun dia tidak belajar, yang setiap perbuatan jahat, akan mendapat balasan. dan cuba ingat, ade ke ayah kita pukul kalau kita tak buat salah? tak patut ke dapat rotan sedas-dua, kalau mandi dalam toilet dengan adik masa kecik dan terjerit-jerit masa azan maghrib? tak patut ke kena kunci kat luar kalau balik main dari rumah kawan-kawan masa azan maghrib dah habis sebab seronok sangat main galah panjang dan panjat pokok mangga?
dan frasa isteri tu pula, best ke kalau si suami duduk rumah 24 jam, tak pergi kerja? bila masa nak rindu kalo tak tinggalkan, ye tak? cinta-cinta jugalah, tapi dapur kena berasap juga. cantik kan orang tua-tua susun ayat dulu-dulu?
sebenarnya, post ini ditulis untuk sahabat-sahabat perempuan sekalian, untuk memahami bersama-sama beberapa poin ini:
- janganlah minta benda-benda yang melampau
- kalau mahukan sesuatu, terutama yang baik, beritahu saja. tak perlu merajuk semata-mata he's not getting the point.
- pengertian adalah satu benda yang sangat indah, sebab ia menarik jiwa-jiwa supaya bersatu, menghapus pertelingkahan dan menanam rasa cinta. itu semua proses, kan? maka, mulalah untuk mengerti.
kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan saja dirindui yang biasa,
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.
akalmu senipis belahan rambut,
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hatimu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.
untuk sahabat-sahabat lelaki yang sudah, dan belum tapi akan menjadi ketua keluarga kelak:
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa
insan istimewa- de hearty
dalam sesetengah manusia memilih seseorang kerana sebab-sebab tertentu : memahami, kelakar, baik, kaya, bijak, cantik, bergaya. salah ke kalau kita nak pilih teman yang terbaik untuk ke syurga? dan memilih yang terbaik juga bererti terlebih dahulu menjadikan diri lebih baik.
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu. [Imam Nawawi]
tak suka dan sedih apabila aku bertanya dengan benar, tiada jawapan yang didapatkan.
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
5:13 PM
5 commented Leave A Comment
5:13 PM
5 commented Leave A Comment