<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, March 29, 2010

♥ bday adeq :)

Khas untuk NUR AIN SYUHAIDA BINTI SALLEH!

"You know you love me, i know you care

Just shout whenever, and I’ll be there

You want my love, you want my heart

And we will never ever ever be apart"

Dalam banyak-banyak part lagu justin bibier tu, ayong rasa part ni je yang best. -_-. Haha’

Tibalah masa, hari yang sangat istimewa untuk kanak-kanak ribena bernama nur ain syuhaida binti salleh. Hari jadi yang ke-18! Erk, ko da tua la adeq!

Sekarang sedang riang ria raya di rumah [atau lebih tepat lagi bagai cacing kepanasan dan kebosanan, asyik dengan cerita korea ko je]. Walaupun ko tulis status ‘i’m a housewife now’ dekat facebook, tapi ayong meragukan kerajinan ko sebagai surirumah, sebab tidur pun lambat, apatah lagi bangun. Haish.

Ya, dia adalah budak yang sangat sengal. Sangat malas untuk basuh pinggan, atau tolong lipat baju dekat rumah. Tapi jaga-jaga, datang puting-beliung rajin dia [yang sangat jarang dan sekali sekala tu], habis sampai toilet pun dia nak cuci.

Dia sangat suka makan tomyam dan maggi, boleh hirup sampai licin mangkuk. Dia suka makan daging [karnivor !] dan meratah sambal ikan bilis ! suka simpan lauk last-last supaya nanti boleh meratah, contohnya udang galah atau daging dalam tomyam. Nasib baik dia sangat garang jadi dapatlah mempertahankan lauk dia tanpa tega diambil oleh orang lain, apatah lagi nabila dan zikry. Dan dia akan merampas kembali lauk itu bermati-matian walapun sudah hampir sampai ke dalam mulut kakaknya yang baik hati dan penyayang ini. Cesces

Ya, dia adalah seorang atlit sejak sekolah rendah lagi. Bola baling peringkat negeri, lari berpalang, lumba lari semua ko sapu kan. Baiklah, ayong mengaku gene ibu tu memang bypass ayong dan pergi kepada ko. Tak heran! ;P Sekolah menengah pun macam tu. Masuk seseri ambil basketball plak. Tapi yang paling ayong terperanjat dinasour adalah, ko masuk tarian! Sejak kapan darah seni tu mengalir ha? Bukan dulu masa kecik ayong penat-penat bina rumah kusyen masa kita main rumah-rumah, kerja ko menghancurkan je ke? Bukan masa kecik ko menari dengan sangat buruk ke,kita kena marah dengan ayah sebab menari lagu yang ada shah rukh khan, kajol ngan rani mukherjee dalam kuch kuch hota hai masa nak maghrib? Bukan ayong suka suruh ko jadi noraniza idris dan ayong siti nurhaliza ke, masa dekat bilik belakang kita nyanyi lagu hati kama tu? [ops, kantoi diktator!]. masa form 4, siap sekolah hantar korang pergi thailand dan ada program pertukaran budaya ape ntah kat sana dan pergi pertandingan kat terengganu. Ciskek la ko.

Oh, ya! Setelah panjang lebar menyatakan kelebihan ko. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Ko memang anak manja! Masa ko kena masuk STF form 1 dulu, hari-hari ko call rumah kan. Eh silap, sehari lima kali! Kayalah phone booth STF tu dek kerana disumbang anak-anak macam ni. Dan last-last kerana tak tahan, selepas 3,4 bulan dekat situ, dah habis bergelen-gelen air mata habis, ko pun pulanglah dan sekolah kat port dickson semula.

Ayong tak boleh lupa part ko tulis surat pada ibu masa pulang outing, tapi ko tak kasi kat ibu malah ko koyak dan masuk dalam tong sampah. Ayong, si pengutip kertas-kertas terbuang dalam bilik pun terjumpa kertas itu dan salotip balik. Rupa-rupanya tulah rasa hati [ok, macam over] ko. Betapa stress dan tak bestnya ko rasa duduk asrama. Sampai nangis-nangis ayong baca kemudian ayong tunjuk kat ibu. Malam tu juga ayong cakap, suruh ibu keluarkan adeq dari sekolah tu. Sebab HANYA abang dan kakak je boleh buli adik dia. Orang lain tak boleh! –tapi garis dasarnya di sini,ko memang manja! Nak benda yang best-best je. Kertas warna boleh guna lagi nak beli baru, makan nak yang sedap-sedap, baju yang cantik-cantik. Memang patut kena lesing!

Ingat tak kita pernah pergi mengaji dekat dalam kuarters askar yang sangat jauh dari rumah kita, masa umur ko 6 tahun dulu. Lepas tu kita kena lalu dekat rimbunan pokok pisang. Scary gile dan kita lari terkontang-kanting sebab ayong cakap katak pisang kalo dia sembur air dia, mata boleh buta dan kita dua orang taknak jadi buta.

Ingat tak masa ayong tadika tunas yang jaraknya 10 buah rumah dari rumah kita, setiap kali waktu makan dalam pukul 10 pagi, ko mesti da tercongok depan pintu tadika tunas tu. Macam tau-tau je waktu makan. Cikgu zainab pun baik hati ajak ko makan sekali. Mentang-mentang ibu pergi sekolah dan opah baik hati tak kisah ko pergi ’melawat’ ayong kat tadika. Samapai hari ni ayong musykil, samada ko memang innocent atau ko yang masa tu umur 3,4 tahun memang plan untuk datang makan.[ lagi-lagi kalo cucur udang, sure punya muka ko ada]. Haha’

Ko memang sangat pandai sebab 5 tahun dah boleh membaca. Ibu pun masukkan ko dekat dalam darjah satu tapi ko awal-awal tahun je suka pergi kemudian rajin je ponteng. Lepas tu ada sekali, masa tu ayong darjah 2 dan masa bulan puasa. Ko beli 5 keping keropok lekor kat kantin, lepas tu tak habis. Ibu suruh ayong pulangkan sebab sebenarnya ko bukan nak makan pun keropok lekor tu. Semua kawan-kawan ayong ejek ayong tak puasa. Penat yo den poso haritu, hilang sabar menjelaskan yang keropok lekor tu bukan den punyo. Heh!

Ingat tak ada sekali balik mengaji, dekat rumah cik atie. Ibu tunggu kita dekat depan simpang rumah ina. Kita lambai-lambai tangan kat ibu dari jauh, dan tak nampak longkang. Ko termasuk dulu, pastu ko tertarik ayong sekali dalam longkang kering satu meter tu. Sengal!

Ko ingat tak ada sekali tu ko umur 6 tahun, ko tergelak-gelak dalam tandas dengan kazen kita, abang yen yang umur 8 tahun. Ayong yang masa tu 9 tahun pergi la periksa aktiviti jahat apa yang korang buat. Rupa-rupanya ko gunting rambut dia sebab kat sekolah cikgu dah marah rambut abang panjang. Memang buruk habis ko potong, macam padang golf kena tarah. Ayong tolong la ko adjust rambut yen dan kita gelak teruk-teruk punya. Bila ibu datang tengok, ibu terperanjat habis la. Memang huduh. Nak pergi kedai gunting rambut betulkan, dah malam plak masa tu. Esoknya, abang yen pergi sekolah pakai songkok. Cikgu tanya kenapa, die tunjukkan kepala dia yang opah cakap bertokak-tokak tu. Semua orang gelak. Pastu dia cakap ayong yang buat!! Padahal tu kerja ko! Ciscisicis! [kenapa aku rasa macam dalam semua cerita, aku yang kena buli’ t_t]

Oh, ko kan masa kecik mulut becok suka tanya itu ini. Dan ayong adalah orang yang ko ’look forward’ akan memberikan jawapan yang sangat bernas [dan kelentong!] dan ko akan angguk tanda faham. Pernah sekali tu ko tanya, ’ayong, kenapa kuku satu jari ayong ada macam gelombang?” Ayong pon cakap, ’ni tandanya orang tu rajin.’ dan ko pun, ’o0ooo.’ Hahahaha’

Sila ingat kembali, yang ko sangat nakal dan degil! Ko gunting langsir bilik store dan ko nyorokkan gunting dia kan. Opah bebel-bebel siapa yang buat, ko senyap je sampailah opah jumpa gunting tu dan sisa kain dalam almari, baru ko mengaku. Ko suka curi-curi pakai lipstik dan mekap ibu masa kecik, sampai bibir merah, pipi babak belor dan macam opera cina. Sampai patah gincu ibu ko buat.

Baiklah, sudah-sudah. Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Kenangan 10 tahun lepas, datang dan pergi. Ayong paling banyak kenangan masa kecik dengan ko, berbanding ila dan yie. serta paling tak boleh blah adalah baju kita yang sama setiap kali! -_-”

Dah besar, no way nak baju sama! haha'

Selamat hari jadi yang ke-18 adeq! Sekejap saja, budak kecik dan comot, dengan rambut kerinting halus dan lesung pipit tu, dah berubah jadi anak gadis yang cantik, pandai bergaya dan sopan-santunß tipu2! haha’. Solat dan mengaji jangan lupa!

Selama ada di rumah ni, tolong-tolonglah opah dan ibu cuci pinggan, sidai baju dan lipat baju! Dengar cakap ayah! Jangan cari gaduh dengan yie! Ajar dia bahasa melayu dengan maths. Kalau ila balik dari asrama, buat baik dengan dia. Dia sayang ko sangat-sangat tau. Satu hari, adeq akan faham. Kenapa keluarga adalah harta yang tak ternilai harganya, terutama bila dah jauh nanti. Dan apa pun yang adeq akan buat dan jadi di masa akan datang, sentiasalah tahu yang ayong bangga dengan ko.

NUR AIN SYUHAIDA BINTI SALLEH

30 MAC 1992

Tuhanku,

Ku mohon kepadaMU,

Sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua yang dia lakukan.

Jangan pernah tinggalkan dia keseorangan,

Kerana dia amat memerlukan cinta kasihMU.

Pimpinlah setiap langkahnya,

Agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan.

Aku mohon semua ini,

Kerana aku menyayangi wanita ini. :)

All the best, dear!

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
7:20 AM
3 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past