Monday, March 15, 2010
♥ andai lecture notes buku cerita..
Aku sempat menjeling dia sebelum berlalu. Meminta maaf pada Maria kerana tidak jadi mahu membantunya membilas beras dan menanak nasi. Aku cepat-cepat keluar dari rumah tempat kami semua bergotong-royong memasak untuk sambutan Aidil Adha pelajar-pelajar Malaysia itu. Pergi ke hadapan rumah dengan bibir lekas-lekas beristighfar dan mengalunkan asma’ul husna sambil tangan cekatan menyapu sampah di bahagian depan rumah seorang diri.
Rasa marah begini, atau cemburu lebih tepat lagi memang tidak bagus untuk hati. Kerana kelajuan darah dalam pembuluh darah akan meningkat, memberi kemenangan kepada syaitan meluncur lebih laju menguasai diri, lantas tekanan darah akan naik dan ini amat tidak elok untuk kesihatan. Bukanlah apa-apa sangat pun. Dia cuma mengofferkan diri membantu Azmah mengangkat barang-barang berat ke atas rumah, sambil itu hanya bersembang-sembang mesra [pada mata aku] walaupun sebenarnya biasa saja. Mugkin kerana sebelum ini dia pernah memberitahu aku yang dia pernah ada rasa tertarik pada Azmah kot, yang menyebabkan aku rasa cemburu macam ini.
Usai menyapu dan hati sudah sedikit tenang [walaupun masih cemburu], dari tempat meletakkan penyapu, aku nampak dia sedang berjalan ke arah tempat membuang sampah dan membakar sampah-sampah yang berlonggokan. Aku rasa dia perasan yang tadinya aku menjeling tajam. Malas memikir, aku segera berlalu mencari spot di tepi tangga ke arah musolla untuk melepas lelah sambil mengadap halaman yang aku sapu tadi. Wah, bersih juga. Ini kot penangan orang cemburu. Sewaktu melalukannya tadi, tak terasa pula yang halaman itu sangat luas. Patutlah sekarang ada lower back pain, rupaya tadi aku terbongkok-bongkok agak lama juga. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara.
"When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But when that special someone is not around, you might look around to find them. At that moment,
you are in love."
p/s: 1. cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. harap maklum!
3. cepatlah habis exams! *walaupun lecture notes banyak tak baca lagi, dan rajin skip*
6:52 PM
2 commented Leave A Comment