Wednesday, February 10, 2010
♥ wan nurul nadia
being a friend to someone is the best gift you can give them...with one small gesture you can change a person's life..."friends are angels who lift us to our feet when our wings have trouble remembering how to fly".
ada seorang sahabat aku, dia sangat suka makan laksa, tomyam dan benda-benda yang berkuah.
dia sangat suka warna hijau, dan keroppi.
dia sangat degil.
dia sangat-sangat ingatkan aku pada adik aku yang no 2.
dia adalah orang pertama yang aku kenal (selepas budak2 sekolah aku) masa mula-mula aku masuk ktt, dan waktu masuk apartment tingkat 3 tangga 2 tu, dia dah berada dalam bilik.
aku ingat dia ni sangatlah pendiam (macam aku juga), tapi sebenarnya tidak.
dia sangat sempoi, terkadang tak mempedulikan, suka terperanjat.
tapi nak tau.
waktu aku sedih waktu second sem (A2) dulu, dia lah orang yang menggembirakan. waktu aku tengah depress sebab putus cinta, sedih poyo2, dia akan datang sebelah aku dan buat lawak sengal. dan aku tak sedih dah. (haha', mungkin ko da tak ingat, tapi kata-kata selamba dan kebudak-budakan tanpa memikirkan masa depan tu la yang buat aku lupa psl masalah aku.)
memang, sape kate suara die slow. tapi, die sangat baik hati.
bagi aku, dia ni sangat menghiburkan. satu dalam sejuta! betul, tak tipu!
dia telah buktikan, bahawa tak semestinya karakter antara dua orang manusia tu kena sama, kalau diorang nak jadi kawan.
dulu, ko suka cakap:
"cikgu bio aku cakap, ape yang pertama kita cakap tulah yang datang dari hati".
sekarang,aku plak suka cakap:
"cikgu bio wan cakap, ape yang pertama kita cakap tulah yang datang dari hati".
mungkin juga aku dah immune dan hati kering. sebab tu aku jarang terasa dengan dia, tapi sungguh, tak pernah aku jumpa kawan yang sangatlaa sengal, suka buat tarian shin chan, dan ada satu jenis muka terperanjat, tapi tak terperanjat sangat, dan muka tak berapa nk blur kalo bangun tido, lepas tu baca kertas kimia atas katil,pastu alih-alih tido. oh ya, hobi ko tido kan? kalo pagi2 waktu aku bangun aku nampak ko tido lagi, sure aku tido lagi jugak, sampailah ko dah hilang dari katil dan basuh muka. aig0oo.
wan, ade orang bagitau aku. ko pernah cakap.
"ain tu, kalo aku merajuk, tak pernah pun dia nak pujuk".
haha'. tu namanya reversed psychology! sebab aku tau kalo ko marah, naik angin atau ape2 je yang akan menyebabkan pen tercampak ke lantai, kejap nanti mesti ko sendiri akan tegur aku. marah ko tak lama.
ramai orang cakap, sekarang ko dah makin matang. selalu bertimbang rasa dengan orang, dan makin bergaya!
HAPPY BIRTHDAY!
WAN NURUL NADIA WAN SEMAN
9 FEBRUARY 1988
aku tau gambar ni sangat hodoh. haha'
ini pun hodoh juga. bukti ko suka buat gaya kanggaru! ;p
*bagi chance* nah!, gambar comel pulak. :)
p/s: 1. walaupun aku sebenarnya taknak cakap ni. i'm happy that our path crossed. hoh0
2. bagi aku, kau ada aura menggembirakan hati orang. aig0o. jangan bangga diri,ok! lala~
#i'm glad i had your answer..
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
2:01 AM
3 commented Leave A Comment
2:01 AM
3 commented Leave A Comment


+.jpg)