Monday, January 11, 2010
♥ jangan jadi sweet
siang semalam, ibu msg dan tanya:
"slm,sbuk ke?ibu kt sklh ila.nk ckp ila,call le."
Aku yg sedang tidur, dengan mata berpisat-pisat bangun dan solat zuhur,melompat cari hp dan telefon ibu. Ila dah masuk asrama penuh isnin lepas, dan aku tak sempat call dia hari ahad untuk cakap good luck dan pi mengaji betul-betul. *sangat-sangat terlupa sekolah dah dibuka semula* -_-
Jadi bila satu family pergi melawat ila minggu berikutnya, dapatlah bersembang dengan nabila sekejap. Dengan bangga adik aku yang sorang ni cakap dia jadi ketua dorm dan hari yang ibu datang melawat tu, pukul 10- 12 pm, dia bertugas jadi "announcer" yang umumkan kepada para pelajar mak ayah siapa yang datang melalui spekear besar. ala, standard la kan kebanyakan asrama ada tu. masa kat seseri dulu pun, aku suka buat kerja tu. sebab buat announcement amik masa satu jam je dalam 3 minggu, as badan pengawas ada 6 biro yang rotate every 3 weeks.
S- sosialisasi
E- egalitarian
S- seranta
E- estetik
R- religi
I- intelegensia
kalo time2 ada rezeki, dapat la KFC atau pizza free dari mak ayah orang lain yang datang melawat anak diorang. weee~
Dapat cakap dengan ila, ibu, ayah, opah, idah, dan pada ibu semula. Ibu beritahu ila call rumah dua kali sehari dalam masa seminggu tu, walaupun phone booth kat aspuri dia cuma catu. adoi ai. padahal kat seseri dulu, ada dekat 8 kot phone booths, tu pun aku tak call rumah langsung mse orientasi, sebab malas beratur panjang untuk dapat call, dan sabtu selepas orientasi selesai baru dapat call rumah dengan bestnya sebab tak yah beratur. *padahal homesick gile, tapi bajet cool*
tapi tak sekronik idah kot yang call rumah sehari lima kali. ya, aku ulang, LIMA kali sehari masa orientasi die dulu. dah macam solat fardhu dah. haha'
beritahu ibu, "ibu, ain tak cakap dengan sorang lagi!". ibu cakap, "ye,ibu tau." dan bagi hp pada zikry!
ayong : assalamualaikum
yie : waalaikumsalam
ayong : yie kat mana tu? (wlpn da tahu jawapan dia)
yie : kat sekolah ila la.
ayong : 0ooo
yie : ayong, nanti doakan yie dapat 5A tau tahun depan UPSR.
ayong : kenapa? *aku bukan tanya kenapa yie nk dapat 5A tau, tapi kenapa nk suruh aku doakan*
yie : sebab nanti kalo yie dapat 5A, ayah lang nak bagi rm500, ayah uda nak bagi rm 500 *sebab adik aku yang sorang ni sangat malas, jadi mungkin ayah-ayah saudara aku nak bagi motivasi tu. masa zaman 3 kakak dia kat atas, jangan harap nak dapat rm500 untuk upsr ok. tapi mse result spm kuar dan aku belajar kat indonesia ni, dapat la banyak duit sebab aku anak saudara first. untung2.. XD*
ayong : woaaa, mantap. ok,nanti ayong doakan yie.
yie : kalo yie dapat rm1000, yie kasi ayong rm300.
ayong : haaa? waa, nak kasi ayong ke?
yie : yelaa
ayong : kenapa?
yie : sebab ayong kan duduk jauh
ayong : *sob3* > aku rse die sayang aku lebih. ewah2.haha'
yie : yie amik rm300, lagi rm400 nak beli gameboy, yie tak suka dah ps.
ayong : ok2,nnti ayong doakan tau. T_T . yie, jgn tinggal solat tau. rajin2 mengaji.
yie : haa
p/s: please,jangan sedih. sebab kalo ko sedih, aku tak ada sebab untuk melupakan, sedang itu yang aku nak buat sekarang.
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
2:01 AM
2 commented Leave A Comment
2:01 AM
2 commented Leave A Comment