Sunday, January 3, 2010
♥ agar bidadari cemburu padamu

Al Imam At-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah, bahawa ia Radhiyallahu Anhu berkata "Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli..."
Beliau menjawab," bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar."
Aku (Ummu Salamah) berkata lagi," Jelaskanlah padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al-Waqiah 23)
Beliau menjawab,"kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia..."
Aku bertanya,"Ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah: Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman 70)
Beliau menjawab,"Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita."
Aku bertanya lagi,"Jelaskanlah padaku firman Allah, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik." (As-Shaffat 49)
Beliau menjawab, "kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur."
Aku bertanya lagi,"Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah: Penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al-Waqiah 37)
Beliau menjawab," mereka adalah wanita-wanita di dunia yang meninggal dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita gadis, penuh cinta, ghairah, mengasihi dan umurnya sebaya."
Aku bertanya,"Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia, ataukah bidadari yang bermata jeli?"
Beliau menjawab,"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."
Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"
Beliau menjawab,"kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kerana Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata,"Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami, dan kami memilikinya."
Ya Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah bernikah dengan dua, tiga atau empat laki-laki lalu meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?"
Beliau menjawab," Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa di antara mereka yang paling baik akhlaknya. lalu dia berkata," Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka, nikahkanlah aku dengannya..."
"Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu, akan pergi mambawa dua kebaikan, dunia dan akhirat." (HR Thabrani)
dipetik dari buku Agar bidadari cemburu padamu, Salim A.Fillah
p/s:
1. kata kunci: solat,puasa dan ibadah, segala kebaikan yang ditujukan untuk mencari keredhaan Allah.
2. selalu rasa perkataan bidadari (bahasa melayu) dan hurul ain/ainul mardhiah (arab) lebih sedap dari perkataan fairies (english). kan? kan? (^-^)Y
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
10:42 AM
0 commented Leave A Comment
10:42 AM
0 commented Leave A Comment