Thursday, January 7, 2010
♥ ada aku kisah?
Da lama nak mula tulis 'pelajaran hidup', lepas baca buku Edensor, Andrea Hirata. Sebab apa? Sebab setiap hari pun kita akan belajar benda baru. Bukan yang setakat dalam buku teks *Kumar and Clark, atau *Guyton saja, tapi setiap perkara yang terjadi dalam hidup, dari mula kita bangun pada waktu pagi, sampailah malamnya sebelum tidur, adalah pelajaran. dan adakalanya mimpi pun adalah pelajaran.
Kadang-kadang pelajaran hidup ni kita dapat apabila kita baca cerita, tengok tv atau dengar dari orang lain, tapi kadang-kadang impak maksima dan perkara yang sangat terkesan, adalah apabila kita merasakan pengalaman tu sendiri. Kenapa? Sebab benda tu bukan je ingat kat otak, tapi jugak lekat dekat hati.
Pandangan kita pun boleh berubah selari dengan pengalaman kita yang makin bertambah. semakin lama, kita mula jadi tetap pendirian, tetapi ada masa, jadi lebih fleksibel tentang sesuatu perkara. dan ada masa jadi degil dan keras kepala menahan prinsip yang salah.
pelajaran hidup no 1: kalau apa yang ko nak cakap tu hanya untuk menyakitkan hati orang lain, baik tak payah cakap.
Patutlah Rasulullah SAW ada berpesan dalam hadis 15 (kumpulan hadis-hadis arba'in) > "barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam." hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul lagi, baginda telah diuji dengan bermacam-macam dugaan. puteranya yang pertama, Qasim meninggal saat masih anak-anak, sedang dialah tempat Nabi dan Khadijah berharap, menjadi pahlawan dan pemimpin besar dalam kabilah arab, serta menjadi kebanggaan dan pelindung keluarga. tapi Nabi sempat menitip pesan : "air mata boleh mengalir, hati boleh sedih, tetapi lisan hanya boleh mengucapkan apa yang mebuat Allah redha."
Dan redha Allah itu letak di mana, dalam ibadah dan perlakuan kita sehari-hari sudah tentu. dalam redha ibu ayah, kaum-kerabat, juga kawan-kawan. Fine, ada orang cakap apelah sangat kawan-kawan tu kan. they come and go. tapi kalo dekat akhirat nanti , dah cun-cun nak masuk syurga, kawan kita ni tiba-tiba datang dan cakap, 'eh, ko pernah sakitkan hati aku dulu la'. *ayok, tak tau*. siapa nak jawap. bukan mereka dan keluarga mereka lagi, tapi pertimbangan paling adil dari Allah.
pernah dengar cerita ini?
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah dan panas baran. pada suatu hari ayahnya berpesan, "anakku, setiap kali kau marah, pakulah pada dinding ini." si pemuda tadi pun buat seperti apa yang disuruh sang ayah. maka setiap kali dia marah, dia memaku dinding sekali, dengan kuat. sampai satu ketika, dia pun tidak marah lagi kerana dapat melampiaskan rasa marah pada dinding, sampaikan tiada lagi yang tersisa. ayahnya memberitahu lagi, "sekarang cabut kembali semua paku yang pernah kau tancapkan di dinding itu." si anak kehairanan dengan perintah ayah, tetapi melakukannya tanpa banyak soal. "sekarang kau lihat pada dinding ini, samakah seperti sebelum kau mengenakan paku padanya?." 'sama sekali berbeza ayahku. sekarang dinding ini sudah buruk, berlubang-lubang dan sobek di sana sini.'
"beginilah hati orang-orang yang kau lampiaskan kemarahan sesukamu, mungkin nanti kau boleh meminta maaf, sama seperti mencabut paku di dinding, tapi keadaannya pasti jadi berbeza."
apa macam, masih nak marah-marah, dan sakitkan hati orang lain?
p/s: 1.benci pada orang yang suka pandang rendah pada orang lain. tapi ibu pernah pesan, "pandangan negatif siapapun pada kita, bagi kita peluang untuk buktikan ketidakbenaran pandangan negatif tu." tolong pos ibu datang sini, atau pos diri sendiri balik Malaysia. haha
*2. Kumar and Clark: Buku Clinical Medicine
Guyton : Buku Textbook of Medical Physiology
-bukan post emo tau. meluahkan perasaan je. :) -
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
4:02 AM
8 commented Leave A Comment
4:02 AM
8 commented Leave A Comment