Sunday, November 29, 2009
♥ hadiah hari jadi
salam. bismillahirrahmannirrahim

kurang lebih seminggu lepas, aku menyambut ulangtahun ke 20.
dari jam 11pm waktu indonesia,teman-teman di malaysia sudah wish, memandangkan di malaysia sudah pun pukul 12am tepat.
19oktober
9pm : aku dan hema tengah study untuk ujian anatomy besoknya di dalam bilik aku, aku dekat bawah sebab ada meja kecil dan hema belajar atas katil.
11pm: hema ckp dia nk tido sekejap,dan minta aku kejutkan dalam 10minit. birthday wish dari hafanita. ko jadi orang pertama,sahabat! :)
11.10pm:aku kejut hema, mata seriously dah tak tahan mengantuk. padahal banyak lagi blue boxes clinical anatomy yg belum dibaca. syahid jugak akhirnya.
20 november
12.30pm:tiba2 lampu bilik menyala. stacey,aisyah,malina,hema, dan woan shiang nyanyikan lagu birthday, ada aiskrim berserta lilin. dengan mata berpinar-pinar, aku bangun dan tiup lilin. rasa kelakar dan terperanjat. serius,sbb ingat takkan celebrate malam2 macam ni, lagipula esok ada exam yang sangat sengal. mereka letak hadiah di tepi aku,tpi aku tak perasan sampailah diorang cakap. buka dengan sangat lambat sebab taknak rosakkan wrapping paper yg cantik. rupa-rupanya di dalam ada tas tangan warna biru yang sangat cantik dan berbunga-bunga. thanx SIPS! love you all *hugs* :)

cantik!
msgs masuk. tak sangka ko jadi orang pertama wish dgn msg,jadi sgt terharu. dan kawan-kawan lain juga. ucapan tanda ingatan,akan sentiasa dikenang. :)8.00am:tutorial
10.30am:pulang dan hema dah siapkan english breakfast yang sedap! ada scramble egg, sosis, nugget dan kentang. makan dengan lahapnya.
1.00pm:ujian anatomy
2.00pm:balik basah kuyup kerana hujan yang sangat lebat, walaupun kami pakai payung! lagi pula, payung aku bocor..
6.30pm:dinner dengan housem8s dekat grand quality hotel. dibelanja makan dimsum yang lazat! kulit tahu, siow may dan macam2 lagi nama yg susah dihafal.ditambah teh cina yang aku rasa tawar pada mulanya, tapi akhirnya menambah tak habis2. woan shiang asyik minta waiter menambah air panas pada teh kami, sampai warna air teh yang tadinya coklat perang makin pudar pula warnanya. nak pergi lagi! :)
malina dan izyan ym aku dan bagi link ke blog diorang, post tentang si cantik manis yang lahir pada 20 november[gurau2]. cara wish birthday yang buat aku *sob3*
:) terima kasih!
22november
makan malam dekat rumah alia. dia cakap dia nak masakkan. dan suruh aku pilih menu:
ain: ayam sambal.
alia:kitorang baru lepas makan semalam
ain:ayam masak lada hitam la
ana:yeay!
sudah msg ruhana dan bilang mahu datang jam 515pm, tapi aku leka dengan youtube. ruhana msg jam 520pm. ruhana:ain,da ramai tunggu ko :D
maka,bergegas ke rumah mereka. usai solat maghrib,kami pun makan. ayam masak lada hitam, kangkung dan air laici. sesudah makan ada desert puding caramel yg enak buatan dibah. tapi aku tahu,diorang semua gotong-royong masak. jadi untuk alia,ruhana,tikah,dibah,najla,ana,jaja hanim dan piqah.terima kasih sekali! sangat terharu. makan ramai2 dan dalam sekelip mata tinggal separuh. lepak sampai sesudah isya, tgk take him out sebentar lalu pulang kerana besoknya aku ada remedial osce:lab exam. jadi harus mula study.
23oktober:
730pm:tido
920pm: terbangun dgn panggilan dari sudin. dia cakap fazrul nak datang kejap lagi. aku kata ok,tapi agak confuse. kenapa pula?
10pm: fazrul msg, ckp dia didepan pagar dgn xpression ini :( aku keluar dan nampak fazrul duduk memandang tanah, dan menopang kepala dengan tangan. waktu aku buka pagar, sambil itu aku kata pada fazrul. eh fazrul,ape ko buat mcm tu? bangun lekas. aku memang dah tergelak-gelak sebab rasa kelakar. tak pernah-pernah dia buat macam tu. dah lama sikit, sudin dan imran yang menyorok di belakang pagar menyergah aku. terperanjat! rupa-rupanya itu gimik sengal mereka. cis! diorang datang bawa hadiah hari jadi. aku dapat tas tangan lagi! beg kulit hitam/coklat rambu2. unique and accentric kalau aku perlu describe. sekali pandang memang over habis, memang bukan jenis beg yang aku akan beli sendiri. mungkin semua orang mahu aku jadi lebih feminin kot! haha thanx korang! lagi2 aku tahu yang mereka pusing satu amplaz nak cari beg tu, dan akhirnya jumpa yang sangat sesuai untuk aku,bak kata sudin. memang comel sangat, setiap kali pandang beg tu,pasti aku tergelak.
dan ini adalah hadiah yang aku tunggu-tunggu.
in some way, im glad that i had to go through the remeds, walaupun sesudah kesedihan yang tak tertahankan. :) terima kasih Allah!
"One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter.."-james earl jones
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
12:38 AM
8 commented Leave A Comment
12:38 AM
8 commented Leave A Comment


