Saturday, October 31, 2009
♥ hari [1] puskesmas
salam~ mau ngomong bahasa indonesia ah
mulai blok ini, kami diberi pilihan untuk ikut turun ke lapangan > puskesmas (pusat kesehatan masyarakat), kalo di malaysia itu, kayak klinik kesihatan. makanya, bermulalah pengembaraan ain dan temen-temen (izyan, itrida, ardi dan mustopha) berkerja sebagai 'dokter muda' di puskesmas prambanan, klaten.
jam setengah 7 (baca: 6.30pagi)
aku, izyan sama mustopha berkumpul di depan happy puppy supaya bisa bareng-bareng (baca: sama-sama) ke puskesmas. ardi sama itrid tinggalnya deket prambanan, perjalanan mereka lebih singkat deh.
yang bisa aku liat (baca: lihat), jam-jam segini rame (baca: ramai) sekali polisi (polis) yang menjaga lalu lintas (kira mcm polis trafik. di setiap 'traffic light' pasti sekurang-kurangnya ada seorang polisi. kami mengemudi speda motornya ( baca: motor) masing-masing. yang bikin aneh, pak polisi memberi semacam isyarat pada izyan sama aku. ok, kat sini nak cakap bahasa melayu. aku pun confuse jugak. apela yang silapnya. adakah dekat dahi aku ada tertulis 'minta perhatian, saya tidak membawa stnk'. walaupun dah sah-sah la polis tak nampak sebab aku pakai helmet. cuak pun ada jugak. ya, kalo nanti ditahan gimana, dong. last-last iz berhenti sebab polis tahan dan aku yang bawak scooter belakang iz selamba badak terus je jalan.
dalam hati, apahal iz kena tahan tu? rupa-rupanya pak polisi mau minta jangan matiin lampu. aku pelik la, awat siang- siang hari 'subuh sepi'i' bak kata timah, kena pasang lampu motor plak. rupa-rupanya itu adalah peraturan baru yang baru dikuatkuasa. (ok, ayat berterabur).
mustopha, kawan sekelompok puskesmas kitorang la yang mengepalai rombongan cik kiah ke puskesmas prambanan tu.dia 2,3 kali jugak berhenti tanya orang sekeliling kat mana puskesmas yang kitorang nak tuju, ade sekali tu mustopha siap berhenti depan kantor polis lagi, tanya pak polisi yang berdiri depan balai dia. aku buat muka cool je berhenti kat belakang. bila nak jalan semula, aku senyum kat bapak tu dan cakap. makasih, ya. (muka innocent). jauh tak jauh, adelah dalam 20 km. dahla perut dari rumah lagi rasa xsedap je. nervous kot hari pertama nak 'berkerja' kat puskesmas. malam before pergi lagi, aku dah siap-siap masukkan jas lab, stethoscope, termometer, penlight, siap dengan buku oxford handbook clinical medicine lagi. mane tau berguna di masa depan.
jam setengah 8 ( 7.30 pagi)
kami sampai di depan puskesmas, gampang(senang) aja mencarinya. betul-betul deket jalan besar, depan pertamina (stesen isi minyak) usai memarkir speda motor, kami menunggu ardi datang sedang itrid absen (tidak dapat hadir).
puskesmas udah dibuka, cuman (cuma) dokter-dokter belum dateng (datang) kerna jam kerja bermula tepat jam 8. seharusnya perlu apel (berkumpul meeting pagi) dari senin sampai jumaat. tapi kerna hari itu hari sabtu, kami ndak usah apel. kitorang dibawa pergi bilik mesyuarat, hanya ada lima orang doktor kat puskesmas ni > dr agung ( supervisor kitorang, baru grad tahun 2006), bapak dokter kepala puskesmas, seorang dr wanita> ibu sri lestari dan dua orang dr lulusan ugm yang sedang magang selama 2 bulan.
kitorang dibawa melawat sekitar puskesmas. ada ruang pendaftaran, ruang KIA (kesehatan ibu anak), apotek (farmasi), lab, bp (balai pengobatan), IGD (instalasi gawat darurat), bilik gigi, dan ada 8 bed untuk rawat inap (in-patient). lingkungannya kecil aja, tapi lumayan bagus untuk menimba ilmu yang masih kurang sangat ni.
setiap orang dibahagikan ke seksyen yang berbeza. mustopha ke lab, aku ke apotek, iz ke igd dan ardi ke kia. maka, bermulalah tugas kami masing-masing.
masuk aja ke ruang apotek yang kurang lebih sebesar bilik aku kat pogung baru tu, aku dah gugup dah. ada seorang ibu dan mbak yang bertugas sebagai apoteker kat puskesmas ni. aku perkenalkan diri, ckp dari ugm dan asli malaysia. aku tanya apa yang bisa dibantu. diorang pun, suruh aku duduk, buk! kasi aku resep (baca: prescription) dan ambil ubat yang sepatutnya mengikut resep tu.
masa tu, jantung dah dub dab dub dab. jangankan nama obat, tulisan doktor untuk nama pasien (baca: patient) pun aku xleh baca, sebab cantikkk sangat. aih, rasa gabra gila dah. jadi, aku menebalkan muka untuk bertanya setiap abbreviation untuk obat kat ibu dan mbak apoteker.
pct : paracetamol
ctm : clotrimazole
as mef : asam mefenemat aka mephenemic acid
salbu : salbutamol
b1: vitamin b1
b c : vitamin b complex
GG : glyceryl guaicolate dan banyaaakkk lagi
aku juga kena tanyakan kat mana duduk letak ubat-ubat tadi. semua ubat-ubat tu disusun kat satu rak yang berbentuk kotak kecil-kecil. jadi, semuanya disusun sebelah-sebelah dan atas bawah. ada jugak obat dalam balang kecik, macam balang nescafe. kalo nak amik guna spatula (sudu) yang macam untuk bagi bayi makan tu.
ok, semangat! membaca prescription dimulai...
pct 500mg X
3 sdd
eerrr, alamak, ni yang den lomah ni. berape plak tulisan roman ni? ok, boleh tak, aku memang tidak berbakat menghafal nombor roman. ok, ain. ingat balik, ingat balik. eerr, 10 kot. ok, pd (percaya diri). dah betul tu. XI : ni 9 ke 11? haha
3sdd > ok, ni aku tau, 3 times per day. memang menyesal tak fokus masa lab pharmacy 2nd year dulu. waktu ni laa menggunakan sepenuh tenaga nak mengingat sisa-sisa pelajaran yang masih berbaki kat otak.
terketar-ketar tangan pegang spatula dan masukkan obat dalam kantung plastik. aku pikir ni je, kalo salah bagi obat camne? kalo silap baca, gimana? tapi kuatkan hati juga, yakinkan diri yang masa nilah nak belajar. kalau tak tau, tanya je kat ibu yang tahan hati layan soalan-soalan aku yang bertimbun-timbun dan persistent. kalo ni kes asma bronkiale, persistent tu dah kira tahap teruk. al-kerana begitu kronisnya soalan-soalan aku. haha (ok,xpaham xpe)
dalam buat-buat keje tu, depa ada jugak tanya aku ni dari kelantan ke? ape lagi, pastilah mau tanya aku ni ade kerabat-kerabat dengan 'kerajaan kelantan' x. dengan tengku tu. pastu diorang tanya pandangan aku pasal isu TKI yg kena dera dan kes manohara. tidak mahu memprovokasi, aku cuma katakan itu hal individu. malas melebarkan masalah yang jelas-jelas bukan bidang aku.
lama-lama buat kerja enjoy jugak. aku ambil resep-resep yang pasien letak di depan kaunter, masukkan setiap satu ke satu tray kecil, baca presciption dan ambil ubat. kalau pasien anak-anak lebih angel (baca: susah). sebab apoteker kena pastikan berat adik-adik ni supaya nanti tak overdose. kena tengok juga berapa umur diorang, sebab kalo kecil sangat mesti xmoh tablet punya. syrup is the choice, then. pusing juga mbak dian si apoteker bila dokter bagi dosage obat yang tak tele dengan quantity obat. sebenarnya kebanyakan anak-anak kena beri obat dalam bentuk pulveres (serbuk) supaya nanti boleh bancuh dengan air untuk diminum sebagai obat . jadi apoteker kena misce fag lege artis (mix dan buat sendiri sediaan). dan dosis obat tu kadang-kadang mengelirukan. makanya,kena pergi jumpa dokter untuk konfirmasi. baru aku tau kenapa nak dapat obat kat farmasi lama. dulu waktu aku sakit dan tunggu obat lama sangat, berapi je. apelah lama sangat nak kasi ubat kat patients. bila dah rasakan sendiri beban tugas diorang yang kena pastikan obat diberi dengan betul, baru aku faham.pelajaran hari ini: put yourself in other ppl shoes, before you start critisizing, ok.
bila aku dah start enjoy ja masuk-masukkan obat dalam provided plastic, dah pukul 11 pagi dah. rasa kejap je tapi enjoy sangat. rasa macam pencapaian besar la, walaupun sebenarnya bukan aku buat berbakti sangat pun. tapi sayang sebab aku tak amik peluang duduk seksyen apotek tu untuk belajar guna 'blender' yang ada kat bilik tu. ok, sebenarnya mixer untuk pecahkan obat-obat tablet untuk jadi pulveres macam aku cakap tadi untuk bagi kat anak-anak. takpe, takpe. ada 3 lagi kesempatan aku kat seksyen apotek.
lepas responsi dan ucapkan terima kasih kat karyawan-karyawan (pekerja-pekerja) puskesmas, kitorang pun balik. ardi yang dekat kia dapat chance buat leopold maneuver, dan injeksi gluteus untuk ibu yang nak pasang kb (keluarga berencana). waa, cool gila. harap next time dapat peluang buat juga. pulang dengan gembira, juga bersyukur sangat-sangat pada Allah. :)
bersambung untuk pengalaman ke-2, 3 dan seterusnya. tak sabar nak pergi lagi!
p/s:
1. plat scooter nak tercabut. dan harus dihantar servis juga!
2. brake speda (basikal) dah tak makan. bila nak baiki ni?
3. biostat6 xgerak-gerak. hesitate mau hantar apa tidak.
4. mungkin berlebihan bergurau dan mengusik seorang teman, sampai mungkin sekarang ada salah faham. aku bilang mungkin kerana aku tak boleh baca hati orang lain, jadi tidak dapat pastikan apa yang dia rasa. haih
5. belum mula assignment anatomy: heart! yatta!!
6. feel the need and significance of bahasa jawa! ternganga wei dengar diorang cakap sebab aku xberapa paham sangat. i wish i am a genius in languages like david becker! or more, like Sultan Muhammad Al-Fatih! ape lagi, jom join kelas jawa under biro pendidikan! :P
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
7:30 AM
2 commented Leave A Comment
7:30 AM
2 commented Leave A Comment