Sunday, October 25, 2009
♥ doa IBU

bismillahirrahmannirrahim.
Ya Allah,
jaga anakku.
kuatkan kakinya di jalanMU.
kuatkan jasadnya dengan rahmatMU.
kuatkan rohnya dengan zatMU
buatkan ia tersenyum hingga di syurgaMU.
p/s: waktu kau rasa lelah, letih tak bermaya.
waktu kau rasa tension giler, stress sepanjang masa.
waktu assignment bertimbun-timbun setinggi Everest.
waktu kau rasa malas tahap dewa nak study,sedang exam dekat bucu tu je (just around the corner).
waktu kau gembira sangat-sangat, rasa macam dunia ni hai ana yang punya.
waktu kau berjaya capai sesuatu dan kau rasa bangga gila.
waktu kau ada masalah dengan kawan-kawan, dengan environment walhal dengan tikus yang tinggal serumah dengan kau sekalipun.
waktu kau sakit dan homesick giler nak balik rumah.
hanya satu nombor yang diperlukan untuk menghilangkan segala keluh-kesah. segala jerih-payah. segala riang ria raya yang kau rasa.
hanya satu suara.
hanya sedikit kata-kata.
kerana dia, selalu ada untuk kau.
bila-bila pun. waktu apa pun
mungkin bukan untuk selama-lamanya.
tapi dengan masa yang ada, dengan kesempatan yang masih menjelma, dan kasih sayang yang sentiasa kunjung tiba, hargailah dia. ibu~
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
7:44 AM
2 commented Leave A Comment
7:44 AM
2 commented Leave A Comment