Tuesday, October 13, 2009
♥ Batasku Asaku
salam...
membaca status ym seorang teman yang berbunyi:
Bila kutercipta dari tulang rusukmu
mengapa kumampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
mengapa kau tak bisa sendiri saja
cepat2 ke google untuk search lagu dan penyanyi sebab lirik yang menarik.
salah satu lagu dalam cerita perempuan berkalung sorban. tengok trailer dan baca-baca juga review2 orang yang dah tengok cerita ni. lakonlayar berdasarkan sebuah novel daripada Abidah el Khalieqy, penulis Indonesia yang berasal dari Jombang, Jawa Timur, dan sekarang tinggal di yogyakarta.
Apa yang Anda sampaikan dalam PBS?
Saya ingin perempuan memiliki kemandirian, perempuan harus menguasai ilmu. Ilmu pengetahuanlah yang akan menjawab nasib perempuan. Derajat ditentukan dengan ilmu.
kontroversi timbul sebab ada desas-desus yang cakap cerita ni melecehkan kiai dan pesantren, kalau tengok trailer pun, dah boleh tau yang cerita ni agak berat, banyak isu-isu yang diketengahkan, terutama soal hak-hak wanita untuk mendapat pendidikan, pilih calon suami, walhal hal-hal yang orang anggap sepele seperti menunggang kuda dll.
kata aku: kita tak boleh generalized orang, contohnya semua penagih dadah itu jahat atau semua kiai itu suka mengongkong, sebab setiap individu itu berbeza dan ada bahagiannya masing-masing, baik di dunia, mahupun akhirat. apa yang boleh kita buat, menilai apa yang terbaik buat diri sendiri, memaksimakan amal kebaikan, lalu mengajak pula orang lain join venture buat kebaikan sama-sama. pada yang allergic dengar ceramah-ceramah agama, pandang pelik pada orang yang cuba sampaikan agama dari rumah ke rumah(tablighh), yang fikir perempuan yang memakai purdah tu menakutkan ke, jom tukar persepsi kita sama-sama.
mereka sudah menjalankan kehidupan dengan cara yang mereka pilih. jadi, kenapa pula kita nak rasa tak selesa, hairan, pelik dsb. begitu juga pada yang memandang serong pada wanita-wanita free hair (hanya kerana kita ni bertudung,atau konon amal dah cukup sangat) atau orang-orang yang kita bengang je sebab suka-suki melepak main gitar tepi jalan, peminta sedekah. apa insiatif kita nak membantu mereka? pernah ke kita nak pergi bersembang, duduk bertanya apa masalah mereka dan sebagainya. kalau tak pernah, jangan nak sibuk- sibuk anyam ketupat sambil makan daging saudara sendiri. mana tau, dalam hati paling dalam, mereka nak berubah, akan berubah malah jadi lebih baik dari kita.
sebab tu aku bagi thumbs up untuk cerita allahyarhamah yasmin ahmad, gubra, tentang keluarga muazzin yang tinggal berjiran dengan keluarga pelacur. diorang takde pun nak pandang serong tak bertempat, malah boleh hidup sama-sama. sampai masa, biar lambat biar cepat, iman akan masuk dalam jiwa, dan datangnya lebih pantas dari cahaya. lagipun, siapa kita nak nilai orang lain, betul kan.
p/s:aku belom tengok lagi cerita ni, tapi sudah dimasukkan dalam senarai cerita-cerita yang 'must watch'.
ISLAM ITU INDAH! ;)

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
3:18 AM
2 commented Leave A Comment
3:18 AM
2 commented Leave A Comment