<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, September 7, 2009

♥ ERA MAGHFIRAH

salam~
Waktu aku menulis entry ini, jam sudah digital di sisi katil menunjukkan pukul 12 tengah malam. sedari tadi, status ym kebanyakan teman-temanku di sini telah berubah disebabkan gempa kecil yang terjadi jam 11 lebih tadi. baru sudah menukar letak almari dalam bilik sambil-sambil menonton cerita syurga cinta di youtube. oklah, biasa aja. hari ini sudah menggunakan masa dengan mengambil erp di kantor imigrasi, pergi ke bank niaga membuat kartu(baca:kad) atm baru dan membeli sedikit bekalan untuk sahur. kami beberapa hari ini sudah mengungut-ngangat dan mencari-cari makanan yang boleh dijamah sedang mata masih berpisat saat bangun dari tidur untuk bersahur. seringkali aktiviti harian yang sampai ke petang tidak menyempatkan diri untuk membeli barang-barang keperluan.

Sudah masuk 'trimester kedua' ramadhan. Saat Allah menurunkan maghfirahNya untuk hamba-hamba yang dikasihi. Apabila terjadinya gempa sebentar tadi dan melihat betapa gelabahnya semua orang, teringat cerita Prof Latiff(dean of medicine,cyberjaya hospital) semasa beliau memberi pencerahan kepada kami di program rehlah mahabbah yang lepas. dia bercerita tentang pengalamannya di Palestin. Subhanallah, indah sekali.

Waktu letup-letup bom kedengaran dahsyat pada suatu malam, panggilan telefon menderu-deru menyuruh misi keamanan malaysia pulang, bag-bag sudah tersedia di depan pintu, menanti masa pagi menjelma kerana pada waktu malam memang tiada pengangkutan keluar yang disediakan. Saat semua surah yang pernah dihafal diulang-ulang bacaan sementara menanti pagi, waktu semua keluar dari kediaman, kelihatan anak-anak Palestin dengan tenang bergegas ke sekolah! dengan semangat menggalas beg dan beruniform lengkap dengan muka ceria menuju ke kelas masing-masing. Bom-bom yang jatuh malam kelmarin tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk belajar. oleh kerana itu, aku sungguh jadi malu sendiri. sedang baru pagi tadi aku ponteng kuliah jam 7 hanya kerana tidak jelas dengan pertukaran waktu kuliah.

Saling mengingatkan, ya. T_T

berbual sebentar dengan hakimah di ym, tentang gempa sebentar tadi. di akhir ayat, dia bilang. 'bersyukurlah, Allah masih beri kita peluang'. aku akan pegang itu.

p/s: Amal masih belum cukup dan tidak tahu sampai kapan akan terpenuhkan. Semoga mujahadah kami belajar di Indonesia ini, dengan pebagai isu sekarang serta bencana alam kecil yang kami lalui semenjak dua menjak ini, jadi pengajaran dan pengalaman berharga untuk dibawa pulang. Doakan saudara-saudara kita di Palestin, dan doakan kami di sini, k.

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
9:53 AM
0 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past