Saturday, June 20, 2009
♥ SAHABATKU ADALAH KAMU

SALAM~
Sedang membaca pathology anatomy untuk exam lab esok. tapi jiwa meronta-ronta nak update blog.(ceh!)
apalah ain ni. sikit-sikit cakap pasal sahabat. kawan. aku pernah bagi post tentang sahabat tak lama dulu. tapi ntah kenapa, tajuk ni selalu suka je nak diceritakan.
aku memang sahabat yang hampeh. secara luarannya, muka blur, lambat bertindak dan kalo bertindak pun, selalu di tempat dan ketika yang salah. agak ignorant, lambat mengesan riak wajah kawan yang sedang sedih, takut, tak ada mood lebih-lebih lagi kawan yang ada masalah. kalau orang tak cakap nak mintak tolong apa, mesti aku tak tolong atau dah lama sikit, baru bagi pertolongan sebab baru perasan si teman perlukan bantuan. teruk kan? sampailah sahabat aku akan rasa yang aku ni memang tak boleh nak diharap. orang lain dah tolong, baru aku terhegeh-hegeh berfikir, Ya Allah, kenapa la aku tak tolong dia dengan cara tu. atau dengan cara ini. dan penyesalan pun berlaku.
mungkin rasa ikhlas belum betul-betul muncul dalam hati. selfish (bukan jual ikan) tak ingat. manakan tidak, kalau aku betul-betul ikut apa yang ALLAH kata:
tentu aku akan ingat:
'Dan bertakwalah kepada Allah yg dengan namaNya, kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.' An-Nisaa':1
dan pasti aku terkenang sabda Rasulullah SAW:
'tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri'~ hadis ke 13 dlm himpunan hadis Arba'in
konon-konon sibuk dan sering keluar, tak punya masa lagi dengan kawan-kawan sampaikan ada yang rasa terabai. tanpa aku sedar, aku dah 'break the bond'. membina hubungan baru,tapi hubungan lama terbiar. bagi usrah tentang ukhuwwah, tapi diri sendiri tak sedar kawan-kawan dah hilang rasa itu.

maka dengan itu, aku mohon kemaafan. aku sendiri tahu yang aku tak jiwang dengan kata-kata, apatah lagi perbuatan. padahal baginda mengajarkan. kalau rasa itu ada, pasti terlahir pada kata-kata juga perbuatan. tapi aku masih belum kuat untuk buat macam tu. kalau tulis-menulis ni bolehlah. malanglah siapa jadi suamiku nanti. tak sentimental langsung. =P. susah nak cakap yang 'aku sayang kamu' pada teman sendiri. kalau sudah selalu tiada, macam mana nak tahu sakit pening kawan. apatah lagi masalah yang dihadapinya.
dalam pada itu, doa untuk semua kawan-kawan selalu ada di akhir solat. doa untuk keluarga, saudara-mara, guru-guru serta sahabat-sahabatku. disebut satu-satu dari SKSungala, SMK Bukit Saujana, SMS Seri Puteri, KTT sampailah dekat UGM ni haa and sisters-sisters sekalian. aku memang tak boleh tipu, aku tidak menyebut nama kalian sorang demi sorang.berdoa agar hidup di dunia penuh makna, dan matinya nanti husnul khatimah. tapi teman-teman yang rapat denganku, aku akan mendoakan mereka satu-satu. agar doa mereka terpenuhkan, masalah mereka diselesaikan. kalian sendiri tahu siapa kalian. ni bukan quote>kenang daku dalam doamu. tapi sungguh-sungguh kalian berada di hati, dan aku doakan tetap kekal di nubari (wah-wah, rasa over pulak).
aku memang sengal kalau nak ber chat-chat di ym, atau calling-calling. sebab aku pasti tak tahu nak cakap apa, dan aku tak mahu kerana hal itu, temanku akan berkecil hati kalau chat ter stop kerana aku tak ada idea. dan dalam sela-sela masa hidupku, pasti aku akan terkenang kawan-kawan lama. telatah dan kerenah mereka. dan kalau ada insiden yang menngingatkan aku tentang seorang kawan, contohnya: dia suka katak hijau, atau buku ni mesti jadi pilihan dia, atau kalo dia ada, mesti dia suka makanan ni, aku mesti jadi rindu.
akhir kata, maafkan aku teman. aku belum jadi sahabat yang baik. aku perlukan masa untuk berubah. menyesuaikan diri dengan keadaan juga membuang sifat-sifat buruk dalam diri.
p/s: entri emo. selamat hari ayah, ayah!^-^

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
6:46 PM
4 commented Leave A Comment
6:46 PM
4 commented Leave A Comment