<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, May 12, 2009

♥ Energi Positif

salam~baru sudah lab anatomy.belajar semula segala macam surface anatomy yang berkaitan dengan 'shortening of bone segment in
elderly'
.bermaksud, mengulang semula pelajaran di block 1.1 waktu di tahun pertama dulu, tentang segala macam tulang dalam tubuh manusia. cuma hari ini tak berapa detail. stylion, iliospinale, tronchanterion, acropodion dan macam-macam lagi. tidak bersedia langsung untuk masuk ke kelas, maka ternganga-nganga waktu dosen menerang perkara. (kena jadi lebih rajin ain!) kami juga belajar tentang anthropometry, cara mengukur bahagian-bahagian badan contohnya stature (dari vertex sampai tanah), arm length, knee height dsb.

"bukan itu tujuan bercerita hari ini. di atas sekadar mukadimah yang sengaja dipaparkan bersama, penyedap cerita.=P

ta'lim minggu lalu, kak nad bercerita tentang 'pasrah'. ya, satu kata tapi banyak maknanya. pasrah itu pembawa energi positif. pasrah itu bukan berputus asa, justeru adalah satu usaha. satu perjuangan seorang insan bernama manusia. mengejar apa yang dia mahukan, untuk dunia juga akhiratnya. bak kata omputih, grasp everything that you can.hihi

aku bukan mengajar ok, cuma berkongsi ilmu, justeru kalo kamu ada ilmu baru, lekas-lekas kongsikan denganku pula. kerana ada sahabatku berkata, kita harus tamak dalam mencari ilmu. dalam yang satu ini, aku betul-betul mahu jadi selfish.=)

ok,pasrah itu, seperti kataku tadi ada dua fasa:
1)sebelum terjadinya sesuatu kejadian/perkara
2)sesudah terjadinya

dalam fasa pertama, ada tiga sifat yang kita perlu ada sebelum megklasifikasikan diri sendiri sebagai orang yang pasrah.(oh, bukan cerita melayu itu ya!). the three important items are: ikhtiar, berdoa dan melakukan kebaikan
ada satu cerita.............
ada seorang tukang beca ni, kerjanya sehari-hari adalah mengayuh beca dalam mencari nafkah untuk keluarganya(daa~). dia hidup sangat sederhana lagak tukang beca biasa. tapi dia ada satu impian yang sangat besar. agar dia dan isteri dapat mendirikan ibadah haji. dengan wang pendapatannya yang sedikit itu, dia tetap berusaha menyimpan walaupun hanya sejumlah wang yang kecil.maka itu adalah IKHTIARNYA selain BERDOA sungguh-sungguh pada Allah agar hajatnya satu hari nanti tercapai. namun pada setiap hari Jumaat, mana-mana penumpang akan diberi perkhidmatan gratis(percuma) oleh si tukang beca. apabila penumpangnya mahu membayar, dia hanya bilang agar mendoakan agar dia dan isteri dapat pergi menunaikan haji. maka itu adalah BEKAL KEBAIKANNYA. memberi service secara ikhlas dengan niat Allah meredhai hidupnya.

ok, bayangkan kalau aku pergi bank untuk keluarkan duit. katakan lima juta rupiah untuk bayar duit rumah tahun ni. mesti la aku kena ada sekurang-kurangnya lima juta rupiah dalam akaun,ye tak? kalau semberono jumpa akauntan bank sambil tersengih dan cakap, saya nak keluarkan lima juta rupiah,padahal aku tak ada satu sen pun(eh silap,50rupiah pn) dalam akaun, tak pasal-pasal kena campak keluar dengan security. (taknak2!)

macam itu juga dalam kita meminta pada Allah, apa amalan andalan kita yang memungkinkan Allah memakbulkan doa-doa kita. macam si tukang beca, amalan andalannya adalah dengan beramal percuma setiap hari jumaat. amalan andalan, ataupun penyokong kita itu, boleh jadi macam-macam. selalu senyum, suka berpuasa sunat, rajin menolong kawan-kawan, sayang pada ibu dan ayah dan menggembirakan hati mereka, rajin membaca Al-Qur'an, tak liat bertahajud. carilah satu kemudian jadikan amalan disamping menambah lagi amalan-amalan lain. tak rugipun menambah pahala...=)
pada satu hari Jumaat yang cerah, si tukang beca membawa seorang penumpang dari stesen keretapi ke satu destinasi. apabila tiba, si penumpang mahu membayar tapi tukang beca seperti biasa hanya berkata:
tukang beca:perkhidmatanku hari ini adalah percuma
penumpang: tak boleh macam tu pakcik. jauh pakcik mengayuh nak hantar saya ni.
tb:kalo macam tu,anak doakan je pakcik dan isteri dapat naik haji
pnmpg:pakcik betul-betul nak pergi haji? begini, saya pun tengah cari orang untuk ke sana akhir bulan ni. kalo macam tu pakcik siap-siaplah. lepas habis kursus haji intensif semua,pakcik dan isteri boleh pergi. perbelanjaan semua ditanggung.
rupa-rupanya anak muda tadi si orang kaya yang memang setiap tahun akan menaja orang untuk menunaikan haji. subhanallah kan? ini cerita betul tau. serius tak tipu.

sekarang ke tiga amalan terakhir, iaitu sesudah terjadinya sesuatu perkara. pertama, harus ada REDHA, yakni merasakan semua ujian bagi Allah, samada baik atau buruk pada mata manusia adalah anugerah dariNya yang tak perlu kita sesalkan. kadang-kadang gagal dalam ujian, wow that is a very bad thing! kononnya. padahal sungguh-sungguh ada hikmah sebenarnya. DIA tak mahu kita lalai, sombong dalam kepandaian. sangka bagus. Napolean Bonaparte sendiri cakap, 'aku lebih banyak belajar drpd kegagalanku berbanding kejayaanku'. bukanlah bermaksud suka dan gembira je kalo gagal ok. usaha itu penting! (ni nasihat untuk diri sendiri lebih-lebih lagi!). yang kedua, perlu ada sifat ISTISLAM, iaitu menerima segala keputusan dengan hati yang lapang. dan yang ketiga adalah HUSNUL ZONN yakni bersangka baik. bersangka baiklah pada Allah, Dia mengetahui apa yang kita tak ketahui.

"dengan pasrah, kita dapat menerima setiap kepahitan sebagai kemanisan~"

p/s~block ELDERLY. suka2!

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
7:05 PM
3 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past