<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, March 30, 2009

♥ ohana means family

salam~

aku tak suka telefon rumah! kerana kalo selepas aku telefon, walaupun ada kelegaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata waktu mendengar suara ahli keluargaku, pasti setelah itu terbit rasa rindu yang teramat! maka symptom-symptom homesick pun akan muncul, membuahkan tindakan-tindakan luar sedar seperti makan banyak, rasa nak menulis sahaja(meluah perasaan kononnya) tanpa menelaah pelajaran dan mulalah teringat-ingat ke'best'an berada di rumah. berada dalam comfort zone dengan segala makanan enak yang pastinya akan segera terhidang waktu aku pulang. beraya kat kota bharu

Ibu pasti akan bertanya waktu dalam perjalanan pulang ke rumah setelah mengambilku di airport.
'ayong nak makan apa hari ni?' dan aku akan mengeluarkan list panjang yang siap menanti untuk dibacakan sahaja di hadapan ibu dan ayah. dan dalam kereta itu juga aku akan bagi update segala perkara yang berlaku di Yogyakarta sepanjang aku tidak pulang. di luar sedar, aku akan bercakap seperti bullet train di Jepun. panjang, laju dan tidak henti-henti. sedang kalau dengan rakan-rakan sendiri, aku tahu dan yakin aku termasuk dalam kategori 'introvert'. Juga harus ada sistem barter, Ibu akan meng'update' segala info yang berlaku sekitar ketiadaan aku.
'anak Cikgu.......da masuk asrama'
Ibu ngan ayah pergi kenduri kahwin anak cikgu......minggu lepas'
pak cik....... yang dulu duduk bandar sungala dah meninggal dsb.

di dalam kereta itu jugaklah ila n yie akan kelobek beg aku yang besar tu, betul-betul tak menyempat nak sampai rumah. haish~

rindunya! dalam kereta (nur ain syuhaida,nur ain nabila husna,mohd zikryllah,ain zubaidah)

semalam dapat mesej dari mohd zikryllah yang perasan handsome, sekarang dalam darjah empat.
dia guna hp ibu untuk tulis : 'Along yiekan selalukan hansemkan. ALONG YIE MASA TU YIE MAIN PERAHU LAYAR DAPAT NOMBOR DUA'. Aku tak mengubah satu ayat mahupun kata daripada mesej dia. kesimpulannya, bahasa melayu adikku itu memang teruk! siaplah balik nanti akan dapat tuisyen bahasa Melayu percuma dari aku. (geram betul bila result science and maths dia lagi tinggi daripada bahasa melayu. yie2..
mohd zikryllah

Ibu pula hantar mesej ni seminggu lepas:
'salam~..xbangga ke ayong ..adik ayong pertama kali azan kat surau pakai mic..alhamdulillah'..
aku doa sungguh2 cita2 yie nak jadi ustaz tercapai...amin..=)
ila n ibu

ayah pula sekarang rajin meng'sms' bertanya khabar. dan kadang-kadang saja nak kenakan aku.
'ayah tengah merokok ni..he3'.siaplah bila aku balik nanti, encik salleh bin mat nor akan mendapat kuliah 'bahaya merokok' secara percuma daripada anaknya..hee~
kumpulan nasyid kampung pinang sebatang. hehe

p/s: selamat hari jadi kepada NUR AIN SYUHAIDA BINTI SALLEH! pukul 12tgh malam semalam da berbunyi loceng hp aku, siap dengan kata-kata ini 'beday adik aku yg plg KIUT d dunie o(^0^)o'. ntah bile mase dia letak dalam reminder ni dalam hp aku,.. sorila adik, ayong x dapat wish. sapa suruh duduk asrama xbawak hp..haha...
sweet 17! belajar rajin-rajin kat seseri tu, spm da dekat. Semoga ALLAH selalu melindungi kamu..^_^

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
3:07 AM
3 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past