<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, February 17, 2009

♥ see you di ipt[3]

Camera, roll, action!
Di dalam bas yang menempatkan lebih 30 orang badan pengawas sekolah, macam-macam aksi dapat dilihat. Nazmi dan Zaki sudah mula berlagak selaku wartawan dan komentator terkenal.
Nazmi – ’23 Januari 2005. Hari ni kami akan ke rumah anak-anak yatim di Taman Cempaka. Encik Zaki, apa yang akan kita lakukan di sana nanti?’ tanya Nazmi sambil memegang botol air yang dijadikan mic.’
Zaki – ’Ya, Encik Nazmi. Pada waktu pagi, kita akan membantu membersihkan kawasan sekitar tempat tinggal adik-adik itu dan membuat mural di dinding-dinding bangunan yang masih kosong manakala pada sebelah petangnya, macam-macam program untuk merapatkan silaturrahim akan diadakan.’ Zaki menjawab sambil menahan gelak kerana ke’skema’annya menyudahkan jawapan sambil pura-pura membetulkan kertas di tangan.
Nazmi – ’menarik sekali ya, aktivitinya.’
Zaki- ’Sudah tentu!’ Semua orang sudah terkekeh-kekeh mendengar jawapan terakhir Zaki.

Hari ini, aktiviti sebelah petangnya sedikit berbeza berbanding sebelumya. Usai makan tengahari dan solat zohor, kami akan menganjurkan pertandingan bercerita untuk mereka. Adik-adik seramai 30 orang,yang berusia 8 hingga 13 tahun ni akan diminta untuk berdiri di hadapan pentas dan becerita tentang apa sahaja selama 10 minit. Mereka sudah diberitahu tentang pertandingan ini sejak sebulan yang lalu supaya mereka bisa bersedia. Kemudian, akan ada pula impromptu speech (mereka diberi satu tajuk pada waktu itu juga, diberi masa 5 minit untuk bersedia dan harus membentangkan idea dan bercakap di depan selama 5 minit. Agak menakutkan bukan? Aku harus terbiasa dengan impromptu speech sejak sekolah rendah lagi, apabila aku dengan beraninya menyahut cabaran Cikgu Asmah untuk memasuki pertandingan pidato piala di raja mewakili sekolah.

’Siapa yang nak masuk pertandingan pidato piala di raja yang akan diadakan sebulan daripada sekarang?’ lantang guru bahasa Melayuku itu bertanya. Semua murid menundukkan muka.
’Cikgu sudah ada calon, tapi cikgu mahu kamu semua memberi nama dengan sukarela’,terang Cikgu Asmah lagi.
’Takkan takda orang yang berani? Ini satu cabaran!’ aku sudah tidak senang duduk. Anak lelaki pantang dicabar.
’Ini ke generasi yang akan mencorakkan Malaysia satu hari nanti? Bila ditanya, semua tundukkan muka.’ Aku dah panas hati lalu terus mengangkat tangan.
’Saya, cikgu!,’ Walaupun aku tak faham langsung tentang pertandingan jenis apa yang aku akan hadapi nanti, itu fikir kemudian. Yang penting sekarang, kelas 4A ni bukan kelas yang lemah! (poyo betul cara aku berfikir dulu, penuh dengan semangat kelas)
’Bagus, cikgu memang mahu mencalonkan kamu pun ,Alif. Akhirnya kamu dengan sukarela nak masuk.’ Kata Cikgu Asmah sambil tersenyum pada kami. Aku jadi terharu dengan kata-kata cikgu.


Tak pernah aku tahu tentang formatnya yang begitu sebelum diberitahu oleh cikgu beberapa hari berikutnya. Aku gabra bukan main kerana tajuknya boleh jadi macam-macam. Kerana semangat aku yang berkobar-kobar tu, aku minta walid mambantu menambahkan pengetahuan am aku. Maka, sejak detik itu aku sudah dihadamkan dengan pelbagai jenis buku oleh walid. Ekonomi, politik, sosial, sejarah, sirah para nabi, tamadun dunia termasuk kegemilangan tamadun Islam. Setiap malam, walid akan adakan pop quiz untuk aku. Makanya, aku pendekkan sedikit waktu ulangkaji sebab takkan aku nak kurangkan waktu terhad selama satu jam yang aku dah peruntukkan untuk main game. =P

’Oi, Alip! Apa kau megelamun hah?’ tanya Luqman, sahabat yang duduk disebelahku.
Aku tersentak lalu tersenyum.
Ishk ishk, ko salah makan ke apa? Impromptu speech dah nak start dah ni. Bagi perhatian sikit!’ Man mula membebel macam mak nenek.
Satu persatu memberikan idea-idea spontan yang menakjubkan. Fakta-fakta mereka matang dan contoh-contoh yang mereka utarakan sangat konkrit. Sungguh, Allah mencipta manusia dengan keadilan yang tak dapat dinilai dengan mata kasar. Mereka mungkin kekurangan ibu bapa, tapi mereka tak kehilangan akal yang cerdas.

Tiba giliran Aqil Aswad, adik yang baru berusia 8 tahun itu mula mengundi tajuknya. Aqil yang badannya kecil itu, kalau bercakap macam bullet train di Jepun. Lancar, petah dan takkan berhenti. Mukanya tiba-tiba berubah sesudah membaca tulisan di kertas yang dipegangnya. Dia kemudian duduk di kerusi untuk menunggu waktu 5 minit persediaan tamat. Aku perhatikan Aqil tidak mencoretkan apa-apa di atas kertas. Dia hanya duduk termenung. Aku jadi risau. Tiba gilirannya menyampaikan ucapan, Aqil berjalan longlai ke pentas. Dia memulakan dengan kata-kata aluan dan memperkenal diri. Ramai tidak sabar untuk mengetahui tajuk yang diperolehnya.
Aqil lantas menyebut. ’Ibu.’
Semua orang terperanjat.
’Macam mana tajuk itu boleh termasuk dalam tajuk impromptu speech hari ni?’ aku sudah mula tertanya-tanya dalam hati.
’Tajuk saya untuk pagi ini ialah ibu.’ Aqil cuba senyum, tapi senyumannya di mataku terasa tawar. Ya Allah, kuatkan jiwanya!
’Ibu adalah insan yang paling mulia di dunia ini. Dialah yang mengandungkan kita, melahirkan kita dan membesarkan kita.’ Air matanya sudah bertakung.
’Aqil sempat bersama ibu sampai umur Aqil enam tahun. Bibirnya sudah mula terketa-ketar. Tapi tak apa, ustazah beritahu, Nabi Muhammad pun kehilangan ibunya waktu berusia 6 tahun. Dan baginda tetap tabah menjalani hidup. Hidup tanpa ibu.’ Air mata Aqil mula menitik. Para penonton pula, ramai yang sedang mengesat air mata.
’Baginda bersabda ’Sesungguhnya, Tuhan mendidik aku. Dan DIA mendidik aku dengan didikan yang terbaik.’ Aqil sudah teresak-esak waktu itu.
Aku selaku ketua pengarah terus ke hadapan dan meminta microphone daripada Aqil apabila aku lihat Mastura, selaku pengacara majlis masih teresak-esak di tepi pentas. Tak sanggup aku melihat dia berdiri di atas pentas lebih lama. Aku memegang bahu Aqil, dia senyum lembut lalu turun daripada pentas.
‘Terima kasih adik Aqil. Nabi SAW bersabda. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua ibu bapamu dengan belas kasihan dan kasih sayangmu serta doakanlah mereka dengan berkata ‘Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.’
Berdiri di atas pentas ini, aku dapat lihat ramai penonton yang megalirkan air mata kecuali Aina. Dia diam tidak berkutik. Tasik hatinya tidak beriak malah. Apabila mata kami bertemu, dia lekas-lekas ke luar dewan.
Aku menyambung bicara. ‘Saya mewakili rakan-rakan panitia memohon maaf atas kecuaian kami dalam memilih tajuk untuk impromptu speech kali ini’. Aku rasa tindakan aku wajar pada saat itu memandangkan aku sebagai ketua panitia sendiri silap, tidak betul-betul melihat tajuk yang akan dibentangkan.
‘Sekarang kita berehat selama 10 minit dan sesi akan dilanjutkan dengan acara penyampaian hadiah. Terima kasih.’
Sewaktu turun di tangga, aku sempat mendengar perbualan Mas dan Iqa.
’Aina kehilangan ibu waktu umurnya lima tahun. Sebab kanser.’
’Mana kau tahu? Aku tak pernah dengar pun.’
’Dia pernah cerita dulu dekat dorm. Waktu kitorang tanya kenapa setiap kali, hanya ayahnya saja yang hantar dan jemput ke asrama.’
’Kesiannya dia.’

Aku keluar mengambil angin. Berjalan merentasi pavement dengan fikiran kosong. Aku hanya mengikut ke mana kakiku melangkah. Tiba di sebalik sebuah bangunan yang agak jauh daripada dewan, aku terdengar esakan. Aku menjengulkan muka untuk melihat. Aina sedang menangis sambil memeluk lututnya. Keberadaanku di situ tidak disedarinya. Dia menangis teresak-esak. Sanggup menahan tangis di dalam dewan atau mungkin menangis dalam hati tadi. Tak siapa yang tahu apa yang beraja di tasik hatinya. Apabila serasa tak dapat ditahan, dia ke sini. Menangis seorang. Aku sungguh jadi simpati. Aku tak pernah melihat vulnerable sidenya begini. Seingat aku, dia hanya tahu tersenyum saja.

Dulu, kalau angah sedang menonton cerita korea kegemarannya di tv, aku akan selalu duduk di tepi angah sambil mengejek. ’kenapalah hero dia senang sangat jatuh cinta? Heroin dia nangis, hero rasa kasihan kemudian terus suka dan jatuh cinta.
Angah akan membalas,’ Along jangan kutuk, nanti kalau kena batang hidung sendiri baru padan muka.
Aku menjelirkan lidah pada angah dan terus meluru ke tingkat atas. Meninggalkannya yang sudah menjengilkan mata dan bercekak pinggang dengan geram kepadaku.

’Nak buat apa ni?’ aku bercakap dalam hati sambil meyeluk poket. Didapati, dalam poket seluarku ada sapu tangan.
’Tak sweet sangat ke kalau aku kasi ni? Tapi kalau tak kasi, tak baik pulak. Dia tengah sedih tu.’
Aku berjalan beberapa langkah mendekati Aina. Dia lekas-lekas mengesat air mata apabila meyedari kehadiranku.
Aku hulurkan sapu tangan biru itu. Jeda beberapa detik. Dia teragak-agak meyambut. Sapu tangan bertukar tuan. Lidahku kelu, terkunci untuk berkata-kata. Aku ingin terus berlalu apabila Aina tiba-tiba bersuara,’ Aku tak menangis sebab sedih. Aku cuma kagum dengan Aqil. Aku senyum lembut sambil berkata,’Aku tahu.’

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
2:15 AM
2 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past