<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, July 24, 2008

♥ SEE YOU DI IPT[1]

AINA

‘Aina,tunggulah aku, kau ni jalan cepat sangatlah. Musolla kita tu takkan lari tau tak?!,’ jerit Balqis, sahabat baikku sambil mengomel panjang. Aku tergelak kecil.

“Cepatlah Qis, tau tak kita dah lambat ni. Tulah, awak tu bersiap, macam nak pergi jumpa Perdana Menteri, apa tak lambat!”. Balqis tergelak mendengar kataku.

“Yelah,yelah,” die mempercepat langkah.

Usai solat subuh berjemaah dan bacaan Al-Mathurat, kuliah subuh pula menyusul. Ustaz Nazrey, tetamu undangan pada hari ini bijak sungguh menarik perhatian para pelajar dengan tazkirahnya yang bertajuk ‘Remaja, Sahabat dan Insan Terpilih’.

Ustaz berkata, ‘teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

‘Daripada itu, dapat kita kaitkan secara saintifiknya, seperti dalam kelas fizik yang adik-adik belajar di sekolah. Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan (reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Maka, kita perhatikan bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan (reflection) yang perlu kita ambil sifatnya :

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara baik dan berhikmah, bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.

Tapi ada juga sifat cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.’

Ustaz mengakhiri tazkirah dengan kata-kata ini, ‘Adik2 sekalian, ustaz tinggalkan kamu dengan kata-kata drpd Saidina Ali RA, > Manusia yang lemah ialah manusia yang tak dapat mencari sahabat, tetapi manusia yang lebih lemah daripada itu ialah manusia yang menyia-nyiakan sahabat yang telah dicarinya’.

Kebanyakan pelajar memberi tumpuan penuh sebentar tadi. Kalau selalu, ehem-ehem.tau-tau ajalah,mesti ada yang tertidur. Aina pun kadang-kadang (haha,selalunya) akan tersengguk-sengguk mendengar. Waktu subuh kan waktu paling enak menarik selimut!

Di musolla tadi,aku terpandang dia lagi. Dia senyum. Murah sungguh dia dengan senyuman. Pelajar yang paling kacak di sekolah ini (menurut ranking daripada pelajar-pelajar puteri!). Dia baik sekali, selalu menolong apabila diperlukan, disayangi guru-guru dan disenangi semua warga sekolah. Walidnya,Haji Dzulkarnain dan uminya sangat pemurah dan baik hati. Hidupnya boleh dikatakan sempurna.Aina,aina.Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni..aku berkata pada diri sendiri. Setiap yang Allah ciptakan itu ada kelebihan dan tentunya dilengkapi kekurangan.

’Ishk,kenapalah si alif tu cute sangat? Aku sekali tengok terus jatuh hati..,’kata Balqis tiba-tiba,tetapi tidak mendapat sebarang respon daripada teman sebelahnya

‘Oit Aina,dengar tak apa aku cakap tadi?’ (eh budak ni,mengelamun apa ntah!)

‘Aina!’ jerit balqis geram.

Aina senyum. ‘Aku dengarlah!Cuma malas nak layan.sikit2 Alif ini,Alif itu. Bosan la dengar banyak kali. Takda cerita lain ke?’ kataku pantas,mengelakkan teman baikku merajuk lebih lama.

’Muncung ni kalau ditarik boleh kerat 18 tau tak?!.merajuk konon!’ gurauku menyejukkan hati kawan yang sorang ni.Balqis kemudiannya tertawa sambil menolakku perlahan.

’Dah dia memang perfect,nak buat macamana.tapi peliklah,kenapa dia takde makwe kan??Entah siapa dia tunggu ntah.Kalau dia buat interviewlah untuk pilih makwe,mesti beratur panjang punya.ntah2 dari musolla kita sampai pondok guard depan pagar sekolah.’ omel Balqis panjang lebar

Aina hanya boleh tergelak mendengar.’Tinggi betul imaginasi kau pagi2 ni.dahlah,malas nak layan,balik dorm study lagi baik.Ingat sikit,spm dah nak dekat.Jangan asyik berangan je.Nanti Alif ke mana,imtihan pula yang teruk.’ nasihatku macam nenek kepada cucunya…

’Ok2,aku akan ingat nasihat kau tu tapi dia tu irresistible,tau tak!’ sambung balqis.

Aku menggeleng ,senang mendengar bicara teman yang selalu bersamaku, dalam suka dalam duka. Kami meneruskan langkah balik ke dorm.

Sumber tazkirah ustaz : Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds. Saya petik daripada saudara Azree Hanifiah, seorang penulis www.iLuvislam.com.


"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
6:18 PM
0 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past