Thursday, May 1, 2008
♥ jangan menghukum orang lain
Ataupun kita mengenali orang itu, tetapi kerana satu perbuatannya yang tidak kita sukai, kita sudah mengklasifikasikannya begini dan begitu.Mudahnya membuat penilaian. Kadang-kadang rasa letih apabila bersangka baik?.Rasa hampa apabila ‘expectation’ yang kita letakkan pada sahabat kita contohnya terlalu tinggi,lalu apabila dia tidak memenuhinya, kita akan rasa sangat kecewa. Tapi apabila kita bersangka buruk,tenangkah hati kita?? Rasa bahagiakah apabila menyimpannya dalam hati?
"Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya
kepadaNya aku bertawakal." - Surah At-Taubah ayat 129
Jadi teman-teman,mulai sekarang mulalah jadi insan yang bersangka baik (husnul zonn).
Mulakan daripada yang kecil-kecil. Apabila hati terdetik untuk menilai orang lain yang tidak-tidak, beristighfarlah. Ingatlah yg kita semua makhluk kerdil yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kalau lintasan jahat itu datang tanpa sempat akal mewarasi, janganlah rasa hampa dan mudah menyerah,
Rasulullah Bersabda:
Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang akan meningkatkan darjatmu?
1. Bersopan-santun dgn mereka yang tidak mempedulikan mu
2. Maafkan mereka yg menzalimi mu
3. Berikan kepada mereka yg bakhil terhadap mu
4. Menghubungi mereka yg memutuskan persaudaraan dgn mu
[HR Thabrani]
Do YouR BesT, ALLAh wiLL Take Care of tHe Rest
9:16 PM
0 commented Leave A Comment