<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/806295993906459800?origin\x3dhttp://filania201189-ain.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, April 9, 2008

♥ gor3ng pisang

Terik mentari bukan penghalang waktu itu. Tepat jam 4 petang,seorang kakak berumur 9 tahun dan adiknya yg baru mencecah usia 6 tahun akan keluar setelah berhasil meminta wang daripada ibunya.

“Pergi petang sikit la,panas lagi ni,’saran si ibu.

“Jom dik!’ajak kakak sambil tersengih lebar. Si adik menurut tanpa banyak soal. Adik cukup suka kalau dapat merayau-rayau di luar. Adik yang berambut kerinting halus dan sangat comel dengan lesung pipitnya itu tersengih..”

“Yeay! Nak tunggu main petang dengan kawan-kawan pun lambat lagi”,desis hati adik.

“Nanti habis,semalam kak long dengan adik pergi lambat,semua dah tak ada”,balas sang kakak seraya menyarung selipar power rangersnya. Wang kertas berwarna hijau digenggam erat di tangan kanannya sementara tangan kiri memegang pergelangan tangan adik.

Dalam perjalanan,mereka melalui depan rumah beberapa jiran hingga ke hujung jalan. Pandang kiri,kanan dan kiri semula,mereka melintas dengan cermat melalui padang kecil di tepi jalan. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang mungkin beberapa tahun lebih tua daripada usia kakak dan adik sedang bermain bola sepak. Sesekali terdengar sorak-sorai mereka yang berkejaran ke sana sini mendapatkan bola yang satu.

Berjalan lagi mereka berdua merentas satu kawasan yang geografinya berbeza. Kalau tadi hanya terdapat padang di tepi jalan, pemandangan berganti dengan keberadaan pokok-pokok besar di kanan dan kiri. Di tengah-tengahnya terbentang jalan tar selebar dua meter yang selalu sunyi, cuma sesekali akan ada motor-motor yang lalu, melegakan perasaan kakak dan adik,yang bisa terhambat cemas apabila jalan tiba-tiba sunyi. Hanya kicauan burung bertingkah-tingkah menemani perjalanan mereka petang itu. Kadang-kadang, kalau kurang bernasib baik akan ada anjing-anjing liar kelaparan yg mencari makan di tong sampah besar di kawasan itu.

Kakak akan selalu pesan pada adik,”kalau nampak anjing jangan lari!,”sambil menggenggam tangan adiknya,makin erat. Sang kakak tahu,adrenaline adiknya yang seorang ini mudah mencanak naik lantas akan terus lari kalau ternampak anjing. Si adik yang memang tak makan saman itu hanya memberi senyuman lebar.”Kakak tahu adik lari laju tapi anjing tu kejar lagi laju.”

Di hujung jalan, bersebelahan dengan sebuah blok askar, seorang mak cik sedang memotong pisang menjadi dua lalu memasukkanya ke dalam mangkuk yang telah dicampur tepung, air, serbuk kunyit dan sedikit garam. Apabila digoreng, warnanya yang tadi kuning pucat bertukar menjadi kuning keemasan. Mak cik memaling ke kanan lalu ternampak dua beradik dari jarak 3 meter daripada warungnya. Mak cik tersenyum kepada mereka.Adik dan kakak termengah-mengah berjalan. Kakak terus mengecur peluh di dahi dengan tangan.Adik mengelap peluh dengan baju t-shirt ungu yg menjadi kegemarannya.

”Mak cik,nak goreng pisang 2 ringgit..”,minta si kakak.

“Adik nk keropok lekor,keropok lekor”..

“Ha,keropok lekor 2 ringgit”,kakak menambah pesanan.Tangan mak cik cekatan membungkus makanan-makanan yangdiminta.

Kakak selalu kagum dengan kebolehan mak cik membezakan jenis-jenis pisang. Pisang tanduk, pisang awak, pisang emas. Apa yang kakak tahu, semua pisang sama sahaja, yang penting sedap di makan. Di sekolah pun,ada seorang kawan kakak yang hebat dalam mengenalpasti jenis-jenis pisang. Mesti emaknya yang berniaga goreng pisang seperti mak cik yang ajar.

“Nak apa-apa lagi tak?,”tanya si makcik.

“Adik nak pape lagi ke?”

“Kak long,beli air,haus,”bisik adik ke telinga si kakak,selamba tersengih sambil menggaru kepalanya.

“Mak cik,sirap bandung satu.” Selesai menyerahkan wang dan beroleh baki pembelian, kedua beradik pun berlalu pulang dengan menjinjit beg plastik oren berisi goreng pesang dan keropok lekor di tangan. Pulang dengan senang hati. Sedikit masa lagi,mereka akan dapat makan goreng pisang dan keropok lekor dengan ayah,ibu,opah dan adik kecil mereka,nabila..Ibu pasti sudah menyiapkan air teh atau milo untuk dimakan dengan goreng pisang ni…

Bila difikir-fikirkan kembali,selain kesedapan goreng pisang yang sangat kakak gemari, apa yang paling kakak sukai ialah dapat berjalan dengan adik sambil bercerita pada adik tentang macam-macam perkara. Tentang sekalian macam benda yang cikgu ajar di sekolah, tentang makanan yang sedap di kantin, tentang kawan-kawan kakak..

Apa yang kakak paling sukai ialah mendengar celoteh adik yang tak akan henti-henti bercakap bila bercerita tentang anak-anak jiran yang menjadi kawannya, tentang aktiviti mencabar yang adik lakukan di rumah waktu kakak di sekolah,contohnya buat rumah daripada kusyen, gunting hujung langsir dengan gunting atau dimarahi opah kerana menyepahkan rumah.

Sesekali adik akan bertanya dengan petah pada kakak, dan kalau kakak tidak tahu nak jawap soalana adik, kakak akan kelentong adik dan adik akan percaya cakap kakak. Apa yang kakak sukai ialah apabila dalam perjalanan itu,kadang-kadang mereka akan main pijak bayang-bayang. Siapa bayang-bayangnya dipijak,dikira dia mati.

Apabila kakak dan adik pulang ke rumah setelah membeli goreng pisang, mereka sekeluarga akan makan petang bersama dengan gembiranya. Betapa benda yang sekecil itu pun memberi kebahagiaan kepada kanak-kanak seperti kakak.

Kenapa adik suka pergi membeli goreng pisang? Hampir setiap hari tanpa jemu menemani kakak, walhal adik tahu cuaca amat panas dan destinasi warung mak cik pula sangatlah jauh,akan kakak tanyakan pada adik nanti,apabila mereka berjumpa kembali waktu raya di rumah.

Adik sekarang tentu sedang homesick dan pasti sangat sibuk di sekolah asramanya. Adik yang suka pada kebebasan,selalu merungut apabila disiplin sekolah terlalu ketat(kenyataan ini menurut adik), harus berdikari dan mengurus diri di asrama.

Dan kakak pasti akan pulang raya nanti.Kalau kakak masih ingat, kakak akan tanya pada adik, kenapa dia suka membeli goreng pisang? Kakak betul-betul ingin tahu sebabnya. Kakak betul-betul ingat tabiat membeli goreng pisang itu,sehinggakan waktu yang sepatutnya digunakan,mengulangkaji untuk block exam 1.4 :genitourinary system esok, digunakan untuk menulis cerita ini…

P/s : Penggunaan kata nama am yang sepatutnya ialah pisang goreng. Goreng pisang ialah kata kerja yakni perbuatan menggoreng pisang. Disebabkan kakak dan adik sudah terbiasa menyebut pisang goreng sebagai goreng pisang, penulis menggunakan sahaja kata “goreng pisang”. Harap maaf jika ada sebarang kesalahan tatabahasa.

"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
1:38 AM
0 commented Leave A Comment




♥ About me

    Ain Zubaidah Binti Salleh. 25. Gadjah Mada University, Yogyakarta

♥ Quotes

    "a girl who wanted to strive hard to be an excellent daie, still confuse in her way towards her clear goal, easily lost in the world called life, try her best living as a medical student yet easily forget what her responsibilities are, dream to become a doctor who can learn together with the patients about the meaning of sabar dan syukur and in the end wish to end the journey at the true destination, jannah... (^o^)/".
    Sesungguhnya Engkau tahu* bahwa hati ini telah berpadu* berhimpun dalam naungan cintaMu* bertemu dalam ketaatan* bersatu dalam perjuangan* menegakkan syariat dalam kehidupan* Kuatkanlah ikatannya* kekalkanlah cintanya* tunjukilah jalan-jalannya* terangilah dengan cahayamu* yang tiada pernah padam* Ya Rabbi bimbinglah kami* Lapangkanlah dada kami* dengan karunia iman* dan indahnya tawakal padaMu* hidupkan dengan ma'rifatMu* matikan dalam syahid di jalan Mu* Engkaulah pelindung dan pembela

♥ berangkatlah kamu, baik dalam keadaan ringan, mahupun berat! [9:41]

  • 1.salimul aqidah -akidah yg sejahtera
  • 2. shahihul ibadah -ibadah yg sahih
  • 3. matinul khuluq -akhlak yg mantap
  • 4. mutsaqqoful fikri -luas pengetahun
  • 5. qowiyyul jismi -sihat tubuh badan
  • 6. qodirun 'alal kasbi -mampu berdikari
  • 7. mujahadatun linafsihi -melawan nafsu
  • 8. harishun 'ala waqtihi -sgt menjaga masa
  • 9. munazhzamun fi syu'unihi -t'susun urusannya
  • 10. naafi'un lighoirihi -bermanfaat pd org lain

♥ Take A Look At The Past