Monday, September 24, 2012
Assalamualaikum.
Dulu, masa 1st year medical student, saya pernah
tengok satu rancangan tv korea ni. (masa J, afwann) Bukanlah hafal apa yang dia
kata, tapi mungkin sebab sangat terkesan, jadi saya masih ingat kata-kata tu
sampai sekarang. Dia kata,’ (dalam bahasa Korea la kan), saya tak faham
bagaimana dua orang yang saling mencintai kata yang mereka tak dapat bersama.’
Saya cuma terfikir masa tu, dia akan diuji dengan apa yang
dia cakap. (maksud saya, kita tak pernah tahu kenapa setiap orang ada dalam
situasi dia berada. Jadi nak tahu, masuklah dalam situasi tu dulu kalo berani.
;p)
Tapi kata-kata dia, logic nya ada kan?
kalau sayang cinta sangat, semua
rintangan/halangan/dugaan/mehnah/ujian (nah, banyak sinonim saya bagi) akan
dihadapi sampai berjaya.
Yang lain-lain itu akan nampak kecil sebab betapa besarnya
cinta kita? (wahh, over)
Tapi ketahuilah.
Bahawa kita di dunia ni bukan hidup sendiri, atau hidup
berdua sahaja. Kita hidup dengan semua orang yang berada di sekitar kita. Tuhan
kita, keluarga kita, ghayah kita. Maka keputusan kita bukanlah tentang diri
kita saja.
Macam sayang Ibrahim pada Ismail. Anak sendiri kot. Yang
ditunggu kehadirannya selama bertahun-tahun kot. Tipulah tak sayang. Tapi
tiba-tiba Allah suruh tinggalkan kat padang pasir tandus. Tempat tiada air
terjun Niagara dan makanan enak-enak. Kosong. Padang pasir!
Because you see, Ismail itu bukan matlamat. Walaupun dia
adalah kesayangannya Ibrahim. Kita tidak melakukan sesuatu, atau meninggalkan
sesuatu bukanlah kerana tak sayang.
Tetapi kerana kita sedang berkorban.
Pengorbanan sesuatu yang disayangi tu lah yang susah. Bukan
berkorban kosong tau! Dan apabila kita buat kerana Allah, tiada apa yang lebih
tinggi nilainya dari itu. Serius tak tipu. Lagi bernilai dari orang-orang
kesayangan kita, dari harta paling mahal yang kita ada, dan jauhhh jauhh lebih
bermakna dari perasaan kita sendiri.
Matlamat kita, bukan orang kesayangan kita. Sebab sekejap je
kita kat dunia ni. Matlamat kita bukan jadi dokter super duper cool kawaii aja
(jangan salah faham,bukan tak boleh. Maksud saya, just that), kan. Sebab
sekejap je kita kat dunia ni.
Matlamat kita bukan sekedar memenuhi perasaan
sendiri, kan? Sebab kalo saya buat panjangnya dunia sebegini ___, panjangnya
akhirat adalah sebegini ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________________(infinity.
You get what I mean? :)
)
Tapi pastilah, kalau dapat bersama orang yang tersayang tu
bonus, dapat jadi dokter (arghhh, baru perasan saya eja dokter style bahasa
Indonesia! Hehe’) tu best lagi bergaya. Dapat hidup bahagia aman damai kat
dunia ni keinginan setiap dari kita.
Jadi usahalah semampu kita. Untuk bahagia, berjaya.
Namun jika Allah tak (belum) beri kita itu. Ketahuilah, DIA
sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.
DIA akan mengganti segala yang diambil darimu, dengan yang
jauhhh lebih baik.
Mungkin lelaki/ perempuan yang lebih baik untuk dunia,
agama, dan akhiratmu.
Mungkin perasaan yang jauhhh lebih best, dari perasaan yang
kamu TERPAKSA korbankan sekarang.
Sesuatu jiwa itu tidak akan mati
kecuali setelah genap rezekinya,
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah,
dan berusahalah dengan baik
di dalam usaha mencari rezeki,
dan jangan sekali-kali dek kelewatan rezeki itu ianya mendesak
kamu berusaha secara memaksiati Allah,
kerana sesungguhnya
sesuatu di sisi Allah itu tidak boleh diperolehi kecuali dengan
mentaatinya.
Jadi encik Choi SiWon, terjawab tak persoalan anda? (kena
translate ke bahasa Korea.) ;p
p/s: rasa macam dah lari cukup jauh, tapi kembali pada tempat yang mengingatkan. rabbi yassir wa la tuassir.
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
12:57 AM
0 commented Leave A Comment
12:57 AM
0 commented Leave A Comment