Thursday, August 23, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak dulu, saya selalu minta supaya Allah redha, supaya Allah beri syurga tertinggi, Firdaus, dan dijauhkan dari neraka. Saya minta untuk jumpa Rasulullah SAW, jumpa sahabat-sahabat yang terer, saya nak tahu, sehebat apa Saidina Abu Bakar?, sampaikan 6 orang sahabat yang dijamin masuk syurga, adalah hasil dakwah dia. saya nak jumpa Saidina Umar yang gangster, tapi sangat pengasih semasa jadi khalifah. Nak jumpa Usman yang malaikat pun malu dengan dia, nak jumpa Saidina Ali yang kelakar dan berani, nak jumpa Nabi Yusuf yang handsome habess (nak tahu sekacak apa dia tu?), nak jumpa Nabi Nuh yang sangat qowwiy dapat berdakwah selama 950 tahun. Saya nak jumpa Allah, sebab Rasulullah SAW kata, itu nikmat paling besar di syurga.
Maka, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang beri saya ujian. kita semua pun, Allah sedang beri ujian. Sebab Allah nak bagi kita syurga yang best, jadi mestilah DIA kena uji, layak tak saya nak dapat syurga tu.
Tak sangka, Allah uji saya dengan hal yang saya tak pernah fikirkan sebelum ni. Rasa berat sangat.
mungkin dah lama tak dapat ujian yang susah. Allah uji dengan hal-hal yang kita sayang. Orang-orang yang kita sayang. saya rasa berat. sedih. tak tahu nak pergi pada siapa, as it is very complicated. jauh dari logic akal saya. jadi tak ada mood nak buat apa-apa. even makan :O
ini cara Allah membersihkan saya dari dosa-dosa saya yang banyak. cara Allah mengangkat darjat, cara Allah nak dekatkan dengan DIA, dan nak beri saya syurga. ini cara Allah naik level-up kan iman dan kesabaran saya. jadi mengapa pula saya tak redha?
saya harap Allah maafkan saya, sebab sewaktu-waktu, kadang-kadang saya questioned, and end up menangis juga. bukan sebab saya tak redha, tapi tak tahu, just rasa nak nangis. tapi Alhamdulillah wa inshaAllah, saya nak sangka baik je pada Allah.
mungkin Allah cemburu, apabila kita terlalu disibukkan dengan dunia. maka Allah tarik dunia, dan biar kita ingat DIA. saya mendoakan yang baik-baik aja untuk kita semua.
sabar, dan. ikhlas.
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
2:58 AM
0 commented Leave A Comment
2:58 AM
0 commented Leave A Comment