ku mohon - sheila majid
Bebelan sendiri.
Baru sudah buat alpha quest yang sepatutnya hantar isnin lepas. Terima kasih untuk lecture note brain injury yang tiada soft copy. Tapi apabila selesai buat, rasa sangat gembira. :)
“Sesuatu itu apabila diusahakan dengan berjerih-perih akan lebih besar nikmat dan nilainya daripada yang diperoleh dengan senang lenang.”
Banyak kerja-kerja yang belum selesai. Banyak kewajipan. Banyak tugasan-tugasan.
Betullah kata Hassan Al-Banna: ”kewajipan itu lebih banyak daripada masa.”
Dulu masa sekolah, aku tak dapat tangkap sangat apa maksud lelaki yang syahid ni. Hanya tahu, kena guna masa betul-betul untuk belajar sebab spm nak dekat. Itu sahaja. Sekarang baru mengerti erti tersirat dari kata-kata tu.
Tikah pernah cakap: ”jangan rasa terbeban, sebelum ni kita dah banyak bazir waktu dengan benda lagho, ni lah masanya Allah nak bagi kita peluang. Gunakan sebaik-baiknya.”
Sakit kaki dan sakit kepala.
Waktu kecil pun selalu macam ni. Tak tahu kalau orang lain pernah rasa atau tidak. Waktu kecil dulu, malam-malam dekat rumah, atau kalau tidur waktu siang di rumah pengasuh, aku akan terjaga sambil menangis. Bukan sakit yang throbbing pain, atau kesemutan. Rasa lenguh pada tulang. Sampai tak boleh tidur. Mungkin ini maksudnya sengal, Bukan sengal term yang aku dan budak-budak sengal lain selalu guna tu. Haha’
Waktu kecil, ibu akan sapu bam serai pada kaki. Malam-malam buta ibu akan terjaga, dan sapu ubat sambil tersengguk-sengguk. Apabila aku nangis lagi, ibu akan sapu lagi.
Jangan kata ibu boleh ditukar ganti, sebab memang tak boleh! kita takkan dapat ibu sebaik dan sepenyayang ibu kita sendiri.
Tiba-tiba sakit kaki tu datang lagi, sesudah sekian lama. Membuat rindu pada ibu dan rumah bertambah-tambah. Ibu yang kuat. Ibu yang selalu selamba. Ibu yang tabah dan sanggup buat apa-apa je untuk anak-anak. Rindu ayah yang suka buat lawak sengal. Ayah yang kalau aku tengah stress study, lepas call ayah, sure tak jadi stress dah.
Apabila aku makin besar, ibu selalu pesan supaya jangan manjakan diri sangat. Kena bangun dan makan, kemudian makan ubat. Kena gerak-gerak sedikit, jangan tidur sahaja walaupun sakit. dulu, aku selalu terfikir yang aku akan mati dengan rare disease. maksudnya bukan typical diabetes melitus atau stroke atau apa (ceh, sangat poyo!). tapi sekarang aku jadi sedar tak penting kan apa sebab kita mati, tapi macam mane kita akhiri hidup kita. husnul khatimah, atau su'ul khatimah.
“Kena kuat semangat..ibu n yg lain pun rindu kat ayong jgk. Tapi nak buat cmne..pls take care of urself k”.. – ibu –
Ibu, anak ibu yang ibu cakap kuat dan takde perasaan ni tengah cari diri sendiri.
Dan aku, tak lalu nak makan walaupun lapar. Aisyah tolong panaskan magelangan siang tadi yang tak habis makan, dan kami makan sama-sama. Arigatou-ne, aisyah-chan!
p/s: belum buat entry tentang birthday woan shiang. Nanti ya, woan shiang yang bajet dia kakak dan si pembuli! :D
aku tak sempurna, dan aku tahu itu.