Sunday, August 16, 2009
Serasa amat mempersia cinta Tuhan. Lama terpesona, juga terleka dengan seseorang, sedang yang luar itu bukan tiket memasukkan diri ke syurga.bukan juga tanda pasti diri akan bahagia. Saat senyuman seseorang buat manusia terpana, dalam masa yang sama keindahan dalam getar mengalir dalam setiap denyut nadi, itu kebahagiaan. Percik cemburu yang teriak dari tasik kasih kononnya, takkan buat jiwa tenang menghadap DIA. Merenung kembali sama ada itu yang hakiki. Bukan menidakkan kehadiran cinta, kerana kalo ingin diisytihar, aku mahu jadi ahlinya. Cuma terkadang bimbang, nanti aku terlupa. Leka yang diri hanya hamba. Kalau belum tiba masa, aku pinta sungguh-sungguh Allah, jangan dibukakan jalan cinta manusia yang satu itu padaku. Kerana kenang-kenangan begini tidak baik untuk hatiku dalam mengingatMU. Bila tiba masa, saat hati boleh membahagikan perasaan tanpa lalai dalam ibadah jua zikir padaMU,waktu itu bukalah seluas manapun pintu dan jalan yang telah Engkau pilihkan untukku. ;)
p/s: ahaha,mesti ramai terperanjat.jangan risau teman-teman, just a crush. anyhow, i'm just a normal human being, right. xpe,boleh baca balik bila dah tua nanti,=P
(InsyaALLAH)...
p/s: ahaha,mesti ramai terperanjat.jangan risau teman-teman, just a crush. anyhow, i'm just a normal human being, right. xpe,boleh baca balik bila dah tua nanti,=P
(InsyaALLAH)...
"...ttp Allah mjdikan kamu cinta kpd keimanan dn mjdikan iman itu indah dlm hatimu." [al-hujurat 7]
10:34 PM
2 commented Leave A Comment
10:34 PM
2 commented Leave A Comment